Sekeluarga terkejut sup dipesan ada bangkai kelawar terus buat ujian Covid-19!

Ketika di awal penularan Covid-19, satu dunia kecoh mendakwa kelawar punca kewujudan virus itu yang bermula di Wuhan, China.

Ia sekaligus menyaksikan semua pasar yang menjual binatang itu dilarang sama sekali untuk menjualnya kepada orang ramai.

Selepas 7 bulan pandemik Covid-19 melanda dunia, baru-baru ini kecoh apabila sekeluarga di Wuhan bergegas ke hospital untuk buat test Covid-19 selepas mendapati sup khinzir yang dibeli mereka mengandungi haiwan tersebut.

Menurut Daily Mail, sup khinzir yang dipesan dari sebuah restoran di Wuhan itu telah dicemari oleh haiwan mamalia tersebut dengan sayap dan tubuhnya kelihatan dalam keadaan “mengerekot”.

Terkejut dengan apa yang dijumpai dalam sup yang baru separuh dimakan itu, mereka sekeluarga terus bergegas ke hospital untuk membuat ujian Covid-19.

Bagaimanapun keputusan daripada test itu menunjukkan mereka semua negatif.

Menurut ketua keluarga tersebut, Chen, dia pada mulanya sudahpun memakan sup itu terlebih dahulu dan tak sedar akan kewujudan bangkai kelawar tersebut.

“Bila saya nak panaskan ia semula dan mencedok sedikit, tiba-tiba saya nampak satu benda hitam. Ia bangkai anak kelawar.

“Saya angkat guna chopstick dan nampak ia ada sayap dan telinga serta berbulu,” katanya.

Keluarga ini bagaimanapun tidak tahu macam mana haiwan tersebut boleh berada di dalam sup mereka dan pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terhadap restoran yang menyediakan sup tersebut. FMT

Related Articles

2 Comments

  1. dun worry ujian tak akan positif covid 19…

    Kerana kecewa teramat sangat dengan tuduhan manusia bahawa kelawar punca pembawa virus covid 19, seekor kelawar di Wuhan,China telah membuat protes secara harakiri terbang masuk menjunam ke dalam periuk sup khiinzir sedang panas mendidih. Tanpa disedari oleh para petugas kerana kesibukan, sup khinzir itu telah dihidang kepada pelanggan.

    Kelawar berkenaan berbuat begitu kerana bimbang dengan tuduhan manusia itu boleh mendorong manusia melakukan ‘ethnic-cleansing’ terhadap kelawar-kelawar lain di seluruh dunia bukan setakat kelawar di Wujan,China sahaja.

    Seekor kelawar di gua Niah,Sarawak menyatakan rasa bangga dengan tindakan seekor kelawar dari Wuhan,China itu, beliau berharap ujian covid 19 itu akan positif dan tidak akan berlaku ‘ethnic-cleansing’. Beliau juga mendesak Dr Noor Hisham dan kerajaan Malaysia supaya kembali lebih bertegas membendung peningkatan semula jangkitan covid 19, terutama di Sarawak.

  2. kefahaman(bukan pembetulan):

    ‘ujian covid 19 itu akan positif’ bermaksud ujian yang negatif akan membuat keadaan menjadi positif dimana kelawar tidak akan dihapuskan(ethnic-cleansing)

    sekian terima kasih

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker