Bersatu ‘Blackout’ akan tanding dalam PRK Slim
Kumpulan daripada kem Dr Mahathir Mohamad berkata akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.
Senator Marzuki Yahya berkata kem mereka akan meletakkan calon menentang Perikatan Nasional (PN).
Katanya, seorang ahli Majlis Presiden PH memberitahu beliau bahawa gabungan pembangkang itu tidak akan bertanding di PRK Slim nanti.
“Kami Bersatu ‘Blackout’ akan bertanding di PRK Slim.
“Ini kerana seorang ahli Majlis Presiden PH mesej saya berkata bahawa PH tidak akan bertanding. Mereka tarik diri,” katanya kepada Malaysiakini.
Mkini