8 suspek rogol kanak-kanak bawah umur, dilacur bapa kandung, ditahan bawah ATIPSOM

Lapan suspek terbabit dalam kes kanak-kanak bawah umur dirogol dan dilacurkan bapa kandung akan ditahan dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat.

Fadzil berkata, kertas siasatan sudah dibincangkan dengan timbalan pendakwa raya dan keputusan menggunakan 2 akta itu terhadap suspek terbabit sudah dipersetujui.

“Semua suspek akan ditahan dan disiasat bawah ATIPSOM. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada 25 Julai untuk permohonan reman baru.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B atau Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-kanak. Seramai 8 orang sudah ditahan berkaitan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes S Vekram S Sinnayah di talian 019 4737108 atau 03 89114222.

Terdahulu, media melaporkan mangsa berusia 13 tahun dirogol sejak berusia 10 tahun dan dilacurkan bapa kandungnya pada pertengahan 2019 hingga Februari lalu, sebelum ibu saudaranya membuat laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin.

Difahamkan, suspek utama ditahan di Pandan Indah, manakala 5 lelaki warga asing terbabit pula ditahan dalam serbuan berasingan di Batu 9 Cheras dan Kajang minggu lalu. FMT

Related Articles

One Comment

  1. hukuman yang menanti pasti puluhan tahun penjara & sebatan tapi aku rasa lebih patut tangkap semuanya satu persatu masuk ikat dalam guni lepastu campak dalam kolam bagi buaya makan..pastikan buaya benar2 dibiar kelaparan yang amat sangat sebelum campak lahanat2 itu semua

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker