Covid-19 : Najib bimbang dengan keberkesanan perintah kuarantin wajib
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata di laman facebooknya menyatakan kebimbangannya terhadap keberkesanan perintah kuarantin wajib di rumah bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.
Kebimbangannya disuarakan selepas melihat ciapan Dr Jemilah Mahmood yang menunjukkan gambar seorang wanita yang memakai gelang khas kuarantin wajib sedang minum di restoran.
Najib berkata mereka yang ingkar kuarantin perlu dikenakan hukuman penjara mandatori dan bukan hanya denda sebanyak RM1000 sahaja. Katanya lagi denda sebanyak itu adalah terlalu kecil bagi mereka yang mampu melawat luar negara.
Dalam pada itu, Dr Jemilah Mahmood juga menegaskan orang yang mengingkari perintah kuarantin wajib inilah yang akan menyebabkan terjadinya gelombang kedua wabak covid-19 ini.
Beliau juga mahu tindakan tegas di ambil terhadap mereka yang mengingkari perintah kuarantin wajib ini.
You must be logged in to post a comment.