Tup..Tup Dah Kahwin, Zarina Anjoulie Sah jadi isteri orang
Sejak dari Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu, nama pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menjadi sebutan ramai susulan daripada kerja amal yang dilakukan. Walaupun bersuara lantang namun pelakon ini disenangi ramai kerana dikatakan tidak hipokrit dan baik hati.
Siapa ikuti beliau di laman Instagram pasti tahu pelakon yang lebih mesra di sapa Anju sering berkongsi segala aktiviti harian yang dilakukan sehariannya. Namun siapa sangka hari ini Zarina Anjoulie selamat menjadi isteri kepada kekasih hatinya selepas memberi beberapa ‘hint’ sebelum ini.
Di Ig Stories miliknya, Anju memuat naik beberapa video persiapannya untuk bernikah hari ini. Walaupun masih tidak diketahui umum, Anju pernah menanyakan kepada pengikutnya perihal juru foto dan katering. Di dalam Ig Stories tersebut, Anju lengkap berbusana pengantin bersama kekasih hati sambil berada di perkarangan pejabat.
Turut dilihat menghadiri majlis tersebut adalah ayah kandung Anju sendiri. Majlis pernikahan tersebut dilakukan dipercayai berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan dimana tempat tinggal Anju dan ibunya.
Sebelum ini, Anju kerap memuat naik status seakan sedang berada dalam fasa persiapan perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Siapa sangka sebenarnya majlis tersebut bukan berlangsung dalam masa beberapa bulan, namun dalam masa sangat hampir. Kami di Oh!Bulan mengucapkan tahniah buat kedua mempelai ini. Oh Bulan