Anda masih simpan mainan popular tahun 90-an? Kini ia cecah ribuan ringgit

Sebaran :

Jika anda masih menyimpan koleksi permainan yang pernah popular sekitar tahun 90-an dahulu, tahukah anda permainan itu boleh menjadikan anda kaya-raya dalam sekelip mata?

Memetik laporan dari Daily Star, terdapat beberapa mainan yang kini menjadi demand sekumpulan pengumpul barangan antik di seluruh dunia, seperti yang kini dijual menerusi laman jualan antarabangsa, iaitu eBay.

Antara yang paling bernilai adalah anak patung Beanie Babies “Employee the Bear”, kad koleksi Pokemon dan set penuh Lego yang boleh mencecah harga melebihi RM5,353.82 ketika ini.

Berikut anggaran harga terkini yang ditawarkan kepada koleksi mainan yang pernah popular sekitar tahun 90-an:

Beanie Babies: lebih RM5,350

Kad koleksi Pokémon: lebih RM5,350

Set penuh Lego: lebih RM5,350

Polly Pocket: sehingga RM2,407.50

Mainan Happy Meal: sehingga RM1,605

Super Soakers: sekitar RM1,070

Game Boy: sekitar RM1,337.50

Tamagotchi: sehingga RM535

Power Rangers figurines: sehingga RM535

Kad Yu-Gi-Oh!: sehingga RM535

Furbies: melebihi RM160.50

Mario Kart 64: sehingga RM267.50

Tape VHS Disney: sehingga RM53.50

Tambah lagi, ada sesetengah kad Pokemon yang agak rare, dijual sehingga RM32,000 setiap satu, bergantung kepada edisi dan permintaan. FMT


Sebaran :

Leave a Reply