Gugur calon Blackout tanding pemilihan tak sah, kata Tun M
Pengguguran calon daripada kumpulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Blackout yang bertanding pada pemilihan parti dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti itu, kata bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad
Beliau berkata, pengguguran itu juga tidak sah selagi mahkamah belum mengesahkan keahlian calon berkenaan terlucut secara automatik.
Menurutnya, mereka masih ahli Bersatu dan layak bertanding pada pemilihan sehingga mahkamah membuat keputusan pada 7 Ogos depan.
“Kita masih ahli melainkan mahkamah putuskan pengguguran ini sah. Jika tidak, kami masih anggap diri kami sebagai ahli dan memegang jawatan,” katanya selepas program Bersatu Blackout bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini malam tadi. Sinar