EPL: Penonton bakal kembali ke stadium

Share

LONDON – Kerajaan Britain dilaporkan bersedia untuk membenarkan peminat kembali menonton Liga Perdana Inggeris (EPL) di stadium pada Oktober ini.

Sebelum ini, EPL ditangguhkan buat sementara waktu sejak pertengahan Mac lalu berikutan wabak virus Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.

Pada bulan lalu, liga popular dunia itu disambung secara rasmi namun dengan syarat setiap kelab mesti melaksanakan protokol kesihatan yang ketat.


Salah satunya adalah semua perlawanan EPL diadakan tanpa penonton sebagai langkah untuk meminimumkan pencegahan penularan virus bahaya itu.

Sementara itu, Goal International melaporkan Perdana Menteri Britain, Borris Johnson mengakui pihaknya kini sedang merancang agar peminat dapat datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Pada Oktober, kami berniat untuk membawa kembali penonton di dalam stadium,” kata Johnson seperti dilaporkan oleh Goal International.


Menurut laporan itu, sama ada penonton dibenarkan menonton pertandingan atau tidak bergantung pada hasil percubaan kerajaan itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Kerajaan Britain mula melonggarkan jarak fizikal apabila kedai, salon rambut dan pawagam telah dibenarkan untuk beroperasi.

Kerajaan juga telah membenarkan orang berkumpul dalam kumpulan kecil. – MalaysiaGazette


Leave a Reply