‘Eh si Noy ka?’ – 102 hari terpisah, frontliner ini buat kejutan untuk ibunya

GENAP 102 hari, satu tempoh yang cukup lama bagi seorang ibu yang memendam rindu untuk bertemu anak yang bertugas sebagai frontliner sejak Perintah Kawalan pergerakan dilaksanakan.

Bagi petugas barisan hadapan Nur Ain Amar, detik dibenarkan pulang untuk bertemu insan tersayang itu tidak dilepaskan dan menjadi kenangan yang tidak akan terpadam.

Pada hari yang cukup istimewa itu, Nur Ain membuat kejutan dengan memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) seolah-olah mahu melakukan pemeriksaan ke atas ibunya.

Melalui video berdurasi lapan minit itu, Ain dilihat bertanyakan pelbagai soalan kepada ibunya tanpa disedari warga emas itu.

Namun segalanya terbongkar apabila Ain mendedahkan siapa dirinya menyebabkan si ibu terkejut sebelum memeluk anak kesayangannya itu.

Terima kasih petugas barisan hadapan! Jasa anda kami seluruh rakyat Malaysia hargainya. Awani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker