Covid-19 : 1 kematian, 15 kes baru

PETALING JAYA: 15 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 7 pesakit sembuh hari ini.

Terdapat 1 kematian dicatatkan dan menjadikan jumlah keseluruhan 123 maut akibat wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,779 kes Covid-19 dengan 8,553 daripadanya disahkan sembuh.



Ketika ini, 103 pesakit Covid-19 dirawat di seluruh negara. FMT

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker