Tak perlu risau kena tipu, ini cara moden main ‘kutu’
Semua orang tahu main kutu disenaraikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, tapi ramai yang masih melakukanya.
Ada sebab kenapa ia tak dibenarkan, salah satunya kerana sering berlaku penipuan.
Ada yang melarikan duit kutu ribuan ringgit malah ada yang lebih daripada jumlah itu.
Tidak dinafikan ada di kalangan yang main kutu dengan kawan pun pernah jadi mangsa.
Bagi mengelakkan kejadian begini apa kata kita main kutu cara moden guna saving account sendiri.
Bagi pengguna Maybank2u boleh guna Goal Saving Plan.
Guna Goal Saving Plan
Macam main kutu cara lama kita akan serah duit ikut jumlah yang ditetapkan dalam satu tempoh masa yang kita sendiri tetapkan.
Cukup tempoh baru akan diserah tapi semua ini dilakukan dengan autodebit. Jadi tak perlu pakai ibu kutu.
Oleh itu kita boleh set sendiri kutu ini untuk apa, beli emas ke, untuk bercuti ataupun untuk renew road tax.
Seorang pengguna Facebook, Wafa Ahmad berkongsi cara bagaimana hendak set “kutu” moden ini.
1. Mula-mula login akaun Maybank2u. Buka website www.maybank2u.com.my bukan aplikasi.
2. Dah login nanti akan jumpa “create goal” (anak panah merah). Klik dan nanti keluar macam next gambar.
3. Selepas klik ceate goal, akan keluar kotak macam ini. Isilah tempat kosong. Boleh set nk simpan total berapa. Setiap bulan nak deduct berapa RM. Tarikh untuk deduction berapa haribulan. Nak capai goal tu selama berapa bulan. Okay dah isi klik “start”.
4. Kemudian perlu mohon TAC untuk proceed kita punya Goals tu.
5. Setel sudah goal saving. Bank akan auto tolak duit kita untuk masukkan dalam “goal saving” ini. Janji kena ada duit untuk dia tolak nanti. Dan yang bestnya, kita boleh create seberapa banyak goal saving yang kita nak. Just tekan [Create Goal +] sebelah atas kanan tu.
6. Okay ni pulak kalau tetiba ada emergency case nak kena guna duit, terpaksa korek tabung jugak. Ini caranya.
Ada 3 titik dalam bulatan goals kita tu, klik situ.
Dah tekan akan keluar kotak hitam tertera remove goal. Klik situ.
7. Next akan keluarlah macam ni. Tekan remove goal, nanti kena masuk nombor TAC untuk proceed step ni. Dan selepas kita remove goal, nilai duit yang dah saving akan masuk ke dalam akaun kita semula. Beres.
Tapi bila kita dah buat goal saving ini, kena tekah jangan diusik duit itu sehingga tamat tempohnya barulah goal kita akan tercapai dengan jayanya. FMT
You must be logged in to post a comment.