Bahayakan anak tepi gaung hanya kerana gambar
Seorang bapa menimbulkan kemarahan orang ramai apabila aksi berbahaya sedang memegang anaknya di tepi tebing curam semata-mata untuk bergambar tersebar. Aksi berbahaya itu berjaya dirakam oleh pelancong lain yang berkunjung ke kawasan tersebut yang terletak di daerah Fangshan, Beijing, China.
Hanya pegang tangan anak
Video yang mendapat lebih 13 juta tontonan dalam masa 24 jam itu melihatkan bapanya yang hanya memegang tangan anaknya manakala anaknya itu hanya menahan pada tebing dinding menggunakan kaki.
Seorang lagi anak lelakinya kelihatan sedang syok mengambil gambar dari arah belakang bapanya yang hanya berada dalam posisi mencangkung.
Netizen persoalkan tindakannya
The kid is dangling there. How is that possible?
The kid is just holding on to his hands like that.
Rata-rata netizen mengecam tindakan si bapa kerana membahayakan nyawa anaknya yang masih kecil itu. Namun ianya tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan atau tidak.
Jalan Hongjing sepanjang 18.94 kilometer itu telah diangkat menjadi pusat tarikan pelancong antara Mei dan Oktober 2009 dan kawasan pejalan kaki dibina bersebelahan bagi menarik lebih ramai pejalan kaki. Jalan ini juga dikenali sebagai ‘Devil’s Road’.
Sumber : Dailystar
You must be logged in to post a comment.