PRU15: ‘Uncle Kentang’ Bakal Cabar Mantan Menteri Komunikasi Di Puchong

Setiap hari ada sahaja angin yang menyemarakkan api Pilihanraya ke 15  bertiup bagi menandakan ianya semakin hampir semakin. Ini disokong oleh kebanyakkan penganalisa politik yang turut menjangkakan hal yang sama akan berlaku memandangkan majoriti tipis yang Kerajaan Perikatan Nasional telah dibuktikan melalui undian pertukaran Speakar Dewan Rakyat yang baru Isnin lalu.

Apa yang menarik, Kuan Chee Heng atau dikenali dengan nama ‘Uncle Kentang’ turut bercadang untuk bertanding dalam PRU 15 yang akan diadakan pada bila bila masa ini. Pada Pilihanraya Kecil Dun Semenyih yang lalu, Uncle Kentang turut mencuba nasib bertanding sebagai calon bebas menentang calon Pakatan Harapan & Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun seperti yang dijangka Uncle Kentang tewas kerana aura dan gerakan penyatuan ummah yang didokongi oleh UMNO dan PAS. Jika tidak kerana Muafakat Nasional ini kemungkinan besar Uncle Kentang ada peluang untuk menang.

Untuk PRU15 ini peluang ‘Uncle Kentang’menang sememangnya ada walaupun beliau berhadapan dengan anak mendiang ‘Harimau Jelutong’ Gobind Singh Deo yang juga Mantan Menteri Komunikasi. Puchong merupakan ‘kawasan’ permainan Uncle Kentang ini kerana disinilah beliau bermula. Segala sumbangan yang beliau sampaikan, segala jasa dan bakti beliau curahkan hanyalah untuk masyarakat dan tidak udang disebalik batu seperti kebanyakkan wakil rakyat yang ada pada hari ini. Ketika musim mengundi senang berjumpa didalam kawasan selepas menang batang hidung pun tak nampak.

Jadi hasrat Tuan Kuan Chee Heng untuk mencabar mantan menteri ini amatlah dialu alu kan oleh rakyat amnya dan khasnya di kawasan Parlimen Puchong. Semoga PN sekurang – kurangnya boleh mempertimbangkan hasrat untuk memberi ruang kepada beliau bertanding atas tiket PN atau BN yang akan ditentukan kelak!

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker