Ahli Kimia Kongsi Rahsia Kari ‘Style’ Pavithra Yang Lagi Umphh!

Nama S. Pavithra tidak asing lagi dalam dunia masakan. Resepi kari ayamnya antara resepi yang menjadi pilihan utama penonton. Cara masakannya yang unik itu menarik seorang ahli kimia mendedahkan rahsia di sebalik kesedapan kari style Pavithra menerusi akaun laman Twitternya.

Kaedah memasak guna tomato

Dr Che Puteh telah menggunakan kepakarannya dengan berkongsikan rahsia Pavithra iaitu kaedah memasak menggunakan tomato. Kari ayam yang dimasaknya itu tidak perlu ditumis malah digaul terlebih dahulu bersama tomato dan bahan-bahan yang lain.

Menurut doktor tersebut, Pavithra menggunakan bahan masakan yang tinggi glutamat seperti ayam dan tomato. Rahsia yang diselongkar doktor ini adalah daripada video Pavithra yang ditontonnya.

Kari lagi umphh..

Doktor itu memaklumkan bahan yang digunakan untuk memasak kari adalah sama tetapi kaedah memasak itu yang berbeza. Apabila mencuba kaedah yang ditunjukkan Pavithra, rasa karinya itu lebih enak dan lebih umphh. Rasa manis dan umami dari tomato itu membuatkan kari lebih menyelerakan.

Tomato dan ayam bahan tinggi glutamat

Leek juga tinggi glutamat

Ikut style Pavithra

Sumber : Che Puteh Osman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker