Zuraida dan Azmin nak masuk ke tak dalam PPBM?

Zuraida perjelas status dalam PPBM

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata “secara teknikalnya” beliau belum menyertai PPBM walaupun keterangan pada siaran Parlimen menyatakan beliau wakil rakyat parti Bumiputera itu.

“Seperti saya kata teknikal, secara kumpulan, belum. Kita tengah perhalusi kaedah yang kita akan masuk,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini, merujuk kepada beliau dan wakil rakyat lain yang pernah bersama PKR.

Zuraida berkata mereka menunggu masa yang sesuai untuk menyerahkan borang keahlian.

“Kita menunggu pemilihan parti berakhir dan juga mesyuarat agung tahunan mereka. Masih menunggu lagi,” katanya ketika ditanya sudahkah beliau menghantar borang untuk sertai PPBM.

PKR pada Februari memecat keahlian Zuraida berkuat-kuasa serta-merta akibat “pengkhianatan terbuka”.

Zuraida berkata pada masa ini, kerajaan meletakkan beliau dan bekas wakil rakyat PKR lain dalam kelompok PPBM.

“Jadi itu kami terima. Cuma dari segi teknikal, kita masih perhalusi lagi perkara ini dan kita akan bersama dalam PPBM.

“Cuma kaedahnya tengah diperbincangkan,” katanya.

Zuraida juga menafikan akan menubuhkan parti baru kerana tidak praktikal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Dalam masa yang singkat ini saya rasa tidak praktikal untuk kita tubuhkan parti baru kerana sekurang-kurangnya dan selewatnya-lewatnya akan masa 3 tahun.”
FMT

Nota : Zuraida, Azmin dan kumpulan ada agenda lain ke? Kalau nak masuk PPBM, masuk sajalah. Tunggu buat apa lama-lama tanpa parti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker