Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah patut dilayan sebegitu dalam politik?

“Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyambung: “Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”

“Boleh mencelah?” tanya Syed Saddiq sebelum Noh sekali lagi mencelah: “Bagi cucu, cucu nak mencelah.”

Mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak namun insiden itu menjadi bualan malah trending di Twitter, iaitu di tangga kedua selepas tanda pagar Dewan Rakyat.

Kebanyakannya memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dan berasakan tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.

Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (@ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana golongan belia dilayan dan dipandang rendah.

“Susah sangatkah mahu tutup mulut sekejap saja dan dengarkan apa yang dia katakan? Ini pula sebelum mula bercakap sudah kena ejek,” ciapnya.

Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (@ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana belia dilayan dan dipandang rendah.
Seorang pengguna Twitter, Ok Sokmo (@ShaanGom) berkata tahap tidak hormat terhadap Syed Saddiq di Parlimen menunjukkan bagaimana belia dilayan dan dipandang rendah.

Seorang lagi pengguna, Wan Afifi Zawawie (@afifizawawie) menciap: “Cara Syed Saddiq diejek dan diperlekehkan di Parlimen adalah bukti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan oleh generasi lama. Awani

Baca : Jawapan kepada Netizen yang simpati terhadap Syed Saddiq
Kalau nak jadi ahli politik kena bersedia untuk menerima segala macam kutukan, kritikan dan makian orang ramai.

Bukan Saddiq seorang saja kena kutuk dalam Dewan. Mereka yang membidas ahli parlimen yang mebgejek Saddiq ini kena faham amalan biasa dalam Dewan Rakyat.

Tak perlu nak ‘over protective’ cucu Atok tu.

Related Articles

6 Comments

  1. Yg bela si SADdick sangat tu mcm tak perasan ke bagaimana biadabnya si cucu angkut kesayangan Madey tu tak hormat senior2nya walaupun berlainan ideologi politik, spt menghina, mempersenda malah memfitnah khususnya terhadap Najib sejak sebelum PRU14 dgn angkuh kerana atok di belakangnya. Tapi, bila atok kena belasah teruk, dia pertaruhkan ke nyawanya spt yg dilaung2kannya sebelum ini utk membela? Itukah contoh politikus gen-Y biadab, sombong dan kaki fitnah yg wajar dihormati? Setakat nak bela SADdick tu tak jadi masalah, tapi jangan bela tanpa fakta positif, yer. Nanti kena sekolahlah semula mana nak letak maruah tu?

    1. Tak hormat sayed suckdik tak semestinya tak hormat belia, Hormat perlu di cari bukan di minta, mcmana nak hormat kerana secara individu suckdik sendiri kurang ajar, kenapa masyarakat hormat akan syed muzaffar angkasawan ? kerana keperibadian, tak kira tua muda ,hormat mesti di cari, Dah cakap mcm guruh tapi lompat pagar mcm pondan siapa nak hormat,cukup² lah spin,dah basi

  2. Hahaha.. Ramai sibodoh yang nak bela cucu si saka tua. Org muda simulut longkang suka buat cerita sensasi. Masa berkuasa sangat biadab!! Baiklah pigi meninggal.

  3. Orang bodoh adalah mereka yg suka merendahkan orang lain. Sifat orang bodoh suka perlekeh orang tidak kira tua atau muda. Orang Islam sepatutnya mencontohi akhlak Nabi dalam semua keadaan terutama adab bercakap tidak kira lawan atau kawan. Jgn terus islam pada IC saja. Mungkin kita rasa orang tidak hormat kita, fitnah kita dan sebagainya..tapi bagaimana sikap kita sendiri? Bila dah berkuasa semula dah tunjuk sifat2 diri yg kira kurang ajar dan mcm tiada belajar adab bercakap. Ingat KUASA yg kita ada ni amanat rakyat ke? Dan pasti jika kita bersikap mcm orang hutan dalam dewan..rakyak melihat dan akan menilai.

    1. Kalau dah boleh ikut macam nabi dlm menjalankan tugas memang mudah lah.. Masaalah nya you taruk dulu nanti you pulak kena taruk

  4. Perilaku ini adalah perilaku yang tidak boleh diterima sama sekali. Sebagai seorang ahli parlimen yang membawa gelaran “yang berhormat”, seharusnya beliau harus mengangkat gelaran itu selari dengan perilaku beliau. Beliau juga seharusnya tidak mengeluarkan kata-kata begitu kerana sifat rasis dan seksis tidak sepatutnya ada pada seorang wakil rakyat, yang bekerja menyantuni rakyat. Apakah sifat begini yang beliau bawa ketika mendekati dan menyantuni masyarakat di tempat beliau? Insiden-insiden begini adalah bukti di mana prinsip Rukun Negara hanyalah menjadi sebutan di bibir kita sahaja dan bukan tersemat rapi didalam hati dan menjadi jati diri. Seharusnya mereka yang menjadi wakil rakyat ini adalah individu yang menjadi ejen ataupun contoh keberkesanan prinsip Rukun Negara kita. Namun saya tidak lihat hal ini terjadi. Bahkan ada prinsip-prinsip Rukun Negara kita ini seolah-olah dipijak dan tiada nilai bagi mereka melalui tindak tanduk mereka untuk kekal berkuasa. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara, janganlah kita abaikan prinsip Rukun Negara yang sudah diusahakan oleh nenek moyang kita untuk keamanan negara. Kita seharusnya menjaga dan menerapkan prinsip Rukun Negara tersebut demi untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker