Tabung Haji musnah kerana propaganda PH

Share

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

TH MUSNAH KERANA PROPAGANDA PH

Saya senyum sahaja membaca cubaan seorang bekas Pegawai Mujahid menyerang Dr Asyraf Wajdi dalam isu Tabung Haji. Tapi bagi saya pegawai ini oklah sikit kerana sekurang2nya dia cuba membaca walaupun maklumatnya itu sekerat jalan [1]

Saya respon.

1. Pegawai ini menyatakan bahawa defisit RM10.9 bilion itu berpunca daripada kerajaan BN. Ini salah. Zaman BN sebenarnya TIADA DEFISIT. Yang berlaku defisit adalah kerana pengurusan baru enggan menggunapakai kaedah NRV (Net Realisable Value) apabila mereka mengambil alih. NRV ini adalah satu kaedah akaun yang telah diterima pakai di seluruh dunia.

Sebab itu kiraan pada tahun 2017 menjadi defisit RM4.1bilion. Asalnya tiada defisit pun. Bacalah Penyata Kewangan TH 2017 yang telahpun diluluskan oleh Ketua Audit Negara pada zaman PH

2. Pada 7 bulan pertama PH memerintah, telah berlaku tambahan defisit RM5.4 bilion lagi. Pegawai Mujahid mengatakan ia berlaku kerana kehilangan kepercayaan pelabur kepada DS Jamil dan DAWD sendiri.

Hujah ini bangang sebenarnya. Pertama, ketika itu PH sudah memerintah. Sepatutnya jika polisi PH benar2 bagus, kepercayaan pelabur akan meningkat.

Kedua, defisit ini membarah pada zaman PH kerana kejatuhan harga saham ketika itu. Sehingga 31 Disember 2018, nilai keseluruhan saham BSKL telah merosot sekitar RM270 bilion ketika PH memerintah. Tak jatuh macammana kalau menteri sendiri main propaganda hutang 1 trillion, ekonomi teruk, sistem korup etc.

Sebab itu ketika PH memerintah, BSKL dianggap sebagai pasaran saham paling buruk di dunia oleh Bloomberg

Propaganda ini memberi kesan besar kepada nilai aset TH kerana 53% aset mereka adalah dalam bentuk saham.

Saya bagi contoh mudah untuk Pegawai Mujahid Budak Pulau Rusa ini faham. TH memiliki 51.96 juta unit saham dalam Bumi Armada Bhd.

Pada 8 Mei 2018 (sehari sebelum PRU), nilai saham Bumi Armada adalah RM 0.80 seunit. Pada 31 Disember 2018, nilainya adalah 15 sen seunit.

Berapa nilai aset TH merosot sebab polisi bodoh kerajaan PH?

RM33.77 juta.

Ini baru satu kaunter saham. Ada lagi 105 syarikat yang mengalami masalah sama.

3. Saham ini juga jatuh kerana Menteri suka bercakap benda bodoh. Saya bagi satu lagi contoh.

Dalam masa 5 hari selepas Mujahid mengeluarkan kenyataan bahawa saham2 milik TH akan dijual kepada UJSB, nilai saham 10 anak syarikat pegangan TH telah merosot RM607 juta

5 hari sahaja.

Dah tu apa kena mengena dengan DS Jamil Khir pulak?

4. Pegawai ini menuduh lagi bahawa kerajaan lama tidak mengendahkan amaran Bank Negara Malaysia terhadap prestasi TH pada tahun 2015

Saya fikir mungkin pegawai ini blur atau cuba berbohong. Sebab faktanya pada 26 Januari 2016, BNM telah memuji langkah-langkah proaktif TH bagi menyelesaikan masalah tersebut [2]

Bagilah fakta penuh!

5. Beliau juga memuji PH kerana memindahkan aset-aset TH kepada UJSB sehingga boleh membayar hibah sebanyak 1.25%.

Inilah masalahnya orang tak faham akaun tapi nak bercakap. Nilai aset itu adalah kertas hutang. Kertas hutang ini tak dijamin pula oleh kerajaan. Amaun tersebut direkodkan di atas kertas sedangkan wang tunai itu tak masuk pun dalam akaun.

Ini adalah salah satu sebab kenapa laporan audit susah nak keluar. Kerana amalan dalam audit adalah apabila sesuatu sukuk tidak boleh dijamin oleh syarikat induk, maka nilai sebenar sukuk tersebut susah nak dipastikan.

6. Tak ada orang pun desak PH buat RCI. Kita pun tahu PH ni dah tak ada masa depan. Yang kita buat sekarang adalah mendesak kerajaan sedia ada. Korang ni perasan ke?

Alahai senangnya ketuk balik. Tak ada cabaran langsung.

Leave a Reply