Surat suami isteri, bila saya kahwin dengan Shafie – Najib

Orang Warisan bidas saya kerana saya dedahkan surat-surat rayiuan Shafie apabila saya berkali-kali tolak permintaan dia untuk tender terhad semasa dia Menteri.

Dia kata surat-surat meminta saya tolak tender terbuka adalah sebab dia mahu tolong kawan-kawan dia. Bukan kerana dia yang mahu tender terhad.

Warisan kata surat-surat ini adalah seperti surat antara isteri dan suami dan saya tak patut bocorkan kerana pada satu hari nanti kita akan bersama semula.

Entahlah apa maksud itu sebab saya tak pernah kahwin dengan Shafie pun.



Baca : Shafie menteri paling kerap minta tender terpilih, kata Najib

Semasa saya PM dan Menteri Kewangan, Menteri yang paling kerap menolak tender terbuka dan meminta tender terpilih (tender terhad) ialah Calon PM PH Plus.

Dari FB Najib Razak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker