Pemandu lawan arus di Plaza Tol Sunway disahkan mabuk

PETALING JAYA – Pemandu kereta jenis Honda City yang memandu secara melawan arus dari PJU 7/3 Damansara ke arah plaza tol Sunway di kilometer 19 di sini hari ini disahkan memandu dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil ujian pernafasan yang dibuat ke atas lelaki berusia 27 tahun itu didapati kandungan alkohol melebihi daripada kadar yang ditetapkan.

“Siasatan awal, suspek bersama teman wanitanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Rawang pada jam 4.30 pagi selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan PJU 7/3, Damansara,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nik Ezanee memaklumkan pemandu kereta tersebut telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Video berdurasi 11 saat yang tular di laman sosial itu memaparkan sebuah kenderaan polis bantuan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) mengejar sebuah kereta Honda City yang memandu melawan arus.

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker