SAYA PATRIOTIK :Pengacara gelar Al Jazeera sebagai Al Jahiliah
Pengacara Bernama TV, Harleena Pahlavy yang menggelar stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera sebagai Al Jahiliah mengatakan beliau seorang individu patriotik.
“Tidak gentar dan patriotik di saluran TV Malaysia mempunyai akibatnya sendiri,” kata pengacara sambilan itu di Twitter lewat semalam.
Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap Harleena.
“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.
BACA ; Harleena tanya Menteri, masihkah kau ingat
“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” kata Saifuddin pada hantaran di Twitter.
Saifuddin bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut tindakan yang telah diambil terhadap Harleena.
Ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu di Bernama TV, Herleena berkata: “Al Jazeera, ‘you shut up’.”
Herleena juga dalam rancangan itu mendakwa laporan Al Jazeera tidak beretika dan tidak berasas.
Sementara itu semalam, ketika ditanya keadaannya di Twitter Harleena menjawab: “Saya pasti tidak sedih.”
Insiden itu berlaku susulan dokumentari kontroversi Al Jazeera yang mendakwa berlaku penganiayaan terhadap pendatang tanpa izin di negara ini semasa kerajaan menangani wabak Covid-19.
“Locked Up in Malaysia’s Lockdown” disiarkan menerusi program 101 East pada hujung minggu lalu, di mana Al Jazeera mendakwa serbuan imigresen dilakukan “ala tentera”, kanak- kanak bawah umur digari dan pendatang ditahan di kawasan yang sempit.
Mkini
You must be logged in to post a comment.