Minta Maaf @ Salah Tafsir, Parlimen Mersing Kekal Milik UMNO – Zahid Hamidi
Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memuat naik satu ciapan yang menyatakan pendirian UMNO bahawa kerusi Parlimen Mersing adalah kekal menjadi milik UMNO dalam PilihanRaya Umum ke – 15 yang akan datang.
Ciapan ini adalah susulan daripada video Menteri Bersatu yang viral sebelum ini yang mengutuk UMNO di Sabah kononnya sudah tidak laku lagi.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing yang menang atas tiket UMNO telah pun mengutuk UMNO sebelum itu di dalam ucapannya di majlis anjuran KEMAS di Tanggaroh 5 Mersing.
Datuk Dr Latif Ahmad berkata dalam ucapan beliau itu, “Alif Mim Nun tendang Wau jadi sarkas”.
Dalam tulisan jawi “Alif Mim Nun Wau” adalah ejaan untuk Umno.
Kita amat berharap UMNO tegas dan konsisten dalam isu – isu yang seangkatan dengannya.
Semoga Latif insaf dan belajarlah cari kawasan lain jika masih berminat menjadi wakil rakyat.
You must be logged in to post a comment.