Sahkan bercerai. Sharifah Sakinah komen bekas suami guna aplikasi ‘dating’

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan rumah tangga dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkecai sejak Mei lalu.

Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Berikut reaksi dari netizan

Biodata

1. Pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired. Dikenali sebagai Sharifah Sakinah.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 28 Mei 1989.

3. Merupakan pelakon, pelawak dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

4. Dua kakaknya juga merupakan anak seni iaitu pelakon Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau Sharifah Haslinda / Lynn dan pelawak Sharifah Shahirah.

5. Mula menempa nama selepas membintangi sitkom Hotel Mania pada 2010.

6. Antara drama dibintanginya seperti Dottie, Ana Lu’lu, Benci Vs Cinta, Yem Rempit, Isteri vs Tunang, Girlfriend Aku Dari Neraka The Series, My Coffee Prince, Selafaz Cinta dan Voice Note.

7. Termasuk telefilem Bimbi & Bonnie, Kubur Berdarah, Kulit, Wau Kasih, Fatonah Azali, Rumah No. 10, Rumah Hantu Sakit Jiwa, Bini Aku Dari… dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ular, Pekak, Kimchi Untuk Awak dan Rise: Ini Kalilah.

9. Pemegang trofi Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada 2014.

10. Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 selepas mengikat tali pertunangan pada 2014. Mereka menyambut kehadiran cahaya mata bernama Anais Adha pada 24 Mei 2017.

Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan bekas suami, Aliff Adha, sejak Mei lalu. Foto IG Anais Adha

Dalam perkembangan lain, aktres serba boleh itu baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Kasih Tau Foo Fah berganding dengan Michael Ang.

Telefilem itu akan disiarkan TV3 pada 29 0gos depan.

MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker