Nazri Mahu Muhyiddin Kembali, Diangkat Sebagai Presiden UMNO. Adakah Ahli Setuju?

Mengikut laporan Awani, Nazri mencadangkan sekiranya Muhyiddin kembali ke pangkuan UMNO, jawatan presiden parti juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Hujah beliau, secara tradisinya, Perdana Menteri merupakan Presiden UMNO dan pemimpin dan ahli parti perlu menerima dengan tangan terbuka.

“Kita sebagai orang Melayu kena sentiasa sedia bermaaf-maafan demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

“Kita kena bagi jawatan Presiden UMNO sebab beliau kembali dengan bukan dengan tangan kosong tetapi dengan jawatan Perdana Menteri, kita kena terima, kena berkorban dan menerima dengan terbuka.

“Saya seorang anak Melayu, pada saya tidak ada pengorbanan yang tidak boleh kita lakukan demi agama dan bangsa kita,” katanya lagi.

Nazri mengulas pandangan sesetengah pihak yang berpendapat Perikatan Nasional (PN) akan berdepan masalah menyelesaikan isu pembahagian kerusi.

Jelas beliau, hanya dengan penyertaan Muhyiddin kedalam UMNO dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

“Terserah sama ada beliau nak masuk seorang diri atau bawa semua wakil rakyat Bersatu. UMNO kena terima,” katanya.

Menurut Nazri, semua ahli dan pemimpin UMNO perlu bersikap terbuka dan menerima Muhyiddin kembali menyertai parti itu.

Kata beliau, dengan kembalinya Muhyiddin ke pangkuan UMNO, banyak masalah akan dapat diselesaikan antaranya pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS.

“Muhyiddin tidak tinggalkan kita (UMNO) tetapi dipecat dan sekiranya beliau kembali, sumbangannya amat besar kerana bawa balik jawatan Perdana Menteri kepada UMNO.

Menurut laporan Awani, Nazri berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kembali menyertai UMNO dan mengukuhkan parti terbesar orang Melayu. Yang penting adalah parti, kita kena terima dengan tangan terbuka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker