Perikatan Nasional & Calon PM, Kita Perlu Balik Kepada ASAS – Tok Uban

Selepas penulisan saya di halaman ini menyatakan pandangan saya tentang penerimaan semua parti yang berada dalam gabungan yang dipanggil sebagai “Perikatan Nasional” terhadap TS Muhyiddin Yasin sebagai PM pada PRU 15, saya menerima berbagai reaksi.

Ada yang positif, dan ada yang tidak bersetuju.

Saya suka balik kepada asas. Dan juga, sebolihnya, bertindak secara konsisten dengan asas.

Kerana itu, harus kepimpinan UMNO dan BN ingat kembali mengapa telah tercapai persetujuan untuk menyokong pencalonan TS Muhyiddin sebagai PM dan untuk ahli2 parlimen BN menyertai dalam kerajaan kepimpinannya.

Dihujahkan ketika itu bahawa BN (terutamanya UMNO) inginkan kestabilan politik setelah perletakan jawatan PM olih Tun Dr Mahathir telah meletakkan negara dalam krisis politik. Lagi-lagi pula, negara berada di ambang krisis kesihatan awam kerana wabak pandemik COVID 19.

Hujah itu bolih diterima olih akar umbi UMNO dan BN walaupun sudah tercapai penyesuaian dan keselesaan sebagai parti pembangkang di peringkat itu. Apatah lagi, sebagai pembangkang UMNO dan BN telah melihat sokongan pengundi kembali balik kepada calon2 BN di setiap PRK semenjak Cameron Highlands.

Ianya bukan mudah untuk calon parti pembangkang menang sesuatu PRK. Kebiasaannya parti pemerintah yang berjaya.
Kemenangan calon parti pembangkang menandakan adanya isu2 yang besar yang tidak dapat diselesaikan olih mereka yang berkuasa.

Usaha kearah suatu “coup d’etat” dalam kerajaan PH telah bermula selepas PRK Tg Piai apabila:

1. Sokongan terbuka 6 ahli parlimen UMNO
kepada Tun Dr Mahathir sebagai PM
sehingga akhir penggal Parlimen ke 8,

2. Kehadiran TS Muhyiddin, walaupun pemimpin
Johor, tidak mententeramkan perasaan benci
pengundi kepada PH dan calon PPBM di PRK
itu.

Kemenangan BN di Kimanis mempercepatkan lagi “coup d’etat” dalam PH dan keretakan dalam PKR hanya menanti belah, iaitu kesuntukan masa untuk dilakukan.

Dan berlakulah perubahan kepimpinan politik negara dengan BN bersetuju menyokong TS Muhyiddin sebagai PM.
Dan mula kedengaranlah adanya suatu “Perikatan Nasional”.

Sungguhpun PPBM hanya kuat kerana adanya mereka yang melompat keluar dari BN ke parti itu dan disokong olih G10 Azmin Ali, hujah “untuk sementara waktu untuk menghadapi ancaman wabak pandemik COVID 19” bolih diterima.

Apabila sudah diistiharkan Presiden PPBM sebagai calon PM apabila diadakan PRU15, tentunya akan banyak kuasa penentu yang dipegang olih seorang bakal PM.

Adakah Pengerusi BN sendiri mampu menolak keputusan bakal PM apabila digunakan kuasa penentu itu dan ianya disokong kuat olih pemimpin parti2 lain dalam gabungan “Perikatan Nasional”?

Banyak lagi yang perlu diselesaikan sebelum hendak putuskan siapa bakal PM pada PRU15.

Kerusi asal PPBM tinggal 11 selepas kalah calonnya di PRK Tg Piai. Selesakah bakal PM kita tu?

Kalau BN dan PAS sudah tahu jumlah undi masing2 di PRU14, berapakah undi asas bagi PPBM di setiap kawasan yang ditandingi?

Kalau TS Muhyiddin telah diistihar bakal PM, macam mana pula kedudukan orang2 kanannya dalam kerajaan dan PPBM?

G10, bagaimana pula? Azmin pun orang penting juga.

Dengan Muafakat Nasional, UMNO dan PAS melangkah dengan begitu cermat.

Tidak pun sampai istihar calon PM.

#BalikAsas
#MuafakatNasional

Sumber: Shahrir Samad – Tok Uban

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker