Calon bebas disokong mahathir hilang deposit, BN menang lebih 12k majoriti
YB Mohd Sharim Md Zain dari Barisan Nasional akhirnya dipilih untuk diangkat oleh penduduk Chini melalui PRK N.23 Chini yang berlangsung pada hari ini. Beliau menggantikan tempat Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Harun 59, yang meninggal dunia kerana serangan jantung.
YB Mohd Sharim Md Zain seperti dijangka menang bergaya dengan meraih 13,872 undi daripada keseluruhan 20,990 pengundi berdaftar di kerusi DUN itu. Beliau berjaya mendapatkan majoriti 12,650 menewaskan dua lagi calon bebas yang mana salah seorangnya merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Chini sebelum dipecat oleh parti kerana bertindak bertanding sebagai calon bebas.
Pada pilihan raya 2018, Dato Seri Abu Bakar Harun dari Umno yang mewakili BN di Chini menang dengan 10,027 undi berbanding PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim 5,405 undi. Calon PKR, Mohamad Razali Ithnain menduduki tempat ketiga dengan 1,065 undi.
Kemenangan BN pada kali ini adalah hasil daripada kerja kuat semua pihak yang membawa semangat Muafakat Demi Kestabilan yang didokongi oleh jentera BN, Muafakat Nasional & Perikatan Nasional.
You must be logged in to post a comment.