Harimau Malaya ‘berperang’ di UAE

Skuad kebangsaan akan habiskan baki aksi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE.

KUALA LUMPUR: Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi medan ‘perang’ buat Harimau Malaya menghabiskan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun depan.

Pemilihan UAE sebagai tuan rumah untuk baki aksi Kumpulan G yang akan diadakan secara berpusat atau karnival itu disahkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini.

Skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Tan Cheng Hoe akan dijadualkan berdepan UAE pada 3 Jun, menentang Vietnam (11 Jun) dan perlawanan terakhir dengan Thailand (15 Jun).

Cara Mohon dan Semak Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Untuk Golongan B40, M40

Harimau Malaya kini menghuni tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, dua mata di belakang pendahulu, Vietnam sementara Thailand di kedudukan ketiga selepas mengumpul lapan mata.

Tiga perlawanan terakhir itu cukup penting buat anak buah Cheng Hoe untuk melangkah ke peringkat seterusnya dan mereka perlu menggunakan sebaik mungkin aksi di gelanggang UAE.

AFC memutuskan baki aksi kelayakan dihabiskan dengan perlawanan dilangsungkan secara berpusat susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

UEC : Peguam Negara cabar Perlembagaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker