Anwar Singgung Mahathir, Dahan Yang Rapuh Itu Menikam Kita!
“Kalau mahu kita bersama dalam PH, maka semangat yang ada dalam PH itu jangan dirungkai, jangan seolah-olah kita ini terdesak terpaksa bergantung kepada dahan yang rapuh yang kemudian akan menikam kita.
“Sepertimana yang telah berlaku sebelum ini, letak jawatan ikut sesuka hati tanpa rujukan kepada sesiapa, kucar kacir kita, langgar prinsip dan juga manifesto,”
Anwar: PH tak terdesak gantung di dahan rapuh, kemudian tikam kita
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa rakan-rakan dalam Pakatan Harapan, DAP dan Amanah supaya kekal di “landasan perjuangan”.
Tanpa menyebut nama, Anwar menegaskan PH tidak terdesak untuk “bergantung di dahan rapuh yang kemudiannya menikam” gabungan politik itu.
Anwar dipercayai merujuk kepada tindakan bekas pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan mengundur diri sebagai perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri interim pada penghujung Februari.
Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.
Selepas itu, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN.
Bagaimanapun, rancangan PH untuk merebut kembali Putrajaya berdepan kebuntuan apabila PKR menegaskan Anwar dan bukan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang perlu menerajui kerajaan.
DAP dan Amanah mahu Anwar berkompromi dan menjadi timbalan Mahathir selama enam bulan sebelum mengambil alih perdana menteri.
PKR, DAP, Amanah serangkai keluarga
Bagaimanapun, Mahathir menarik diri daripada pencalonan jawatan tersebut, berkata beliau bersama pemimpin tertinggi DAP serta Amanah telah memutuskan untuk menyokong Shafie sebagai perdana menteri, dengan Anwar dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan.
Tetapi Amanah dan DAP berkata perkara itu masih perlu dibincangkan di peringkat PH.
Anwar pada malam ini juga berkata PH perlu diperkukuhkan kerana “DAP, Amanah dan PKR serangkai keluarga yang harus mantap dan kuat.”
“Kita bersama dahulu dengan satu agenda yang jelas, berjuang puluhan tahun untuk mempertahankan ini.
“Dan kalau kita mahu umapamanya merebut kekuasaan kerana ini mandat rakyat. Maka kita kena faham, apa dia mandat rakyat pada tahun 2018? Kekal mandat rakyat pada 2018. Bukan soal calon perdana menteri sahaja walaupun itu telah ditandatangani dan diakui.
“Tetapi yang lebih penting dari itu adalah mandat rakyat untuk pastikan negara ini balik sebagai suatu negara yang demokratik, yang adil yang menjamin keselesaan kepada semua, terutama kepada golongan yang miskin, terpinggir, pendalaman, Semenanjung, Sabah, Sarawak tanpa mengira kaum,” jelasnya.
MK
Artikel Berkaitan: Mahathir mahu Shafie Apdal jadi PM
Artikel Berkaitan: Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM
Artikel Berkaitan: Shafie sebagai calon PM, Anwar naik angin
X sabag nk tengok ph kena game ngan TM lagi