Selesai bagaimana BN, MN & PN mahu tanding PRU15, bukan calon PM – Tok Uban

PETALING JAYA: Ketua Umno Johor Bahru Shahrir Abd Samad mempertikaikan keputusan Umno dan PAS yang bersetuju mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Shahrir berkata, Umno dan PAS sewajarnya menyelesaikan dahulu bagaimanakah cara untuk gabungan antara Barisan Nasional (BN), Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bertanding dalam PRU15 akan datang.

“Masing-masing ke, sepakatan ke, lambang masing-masing ke atau 1 lambang. Jadi siapa yang mengisi jawatan utama kerajaan sudah jadi tawaran pertama buat BN, PAS, PPBM dan kumpulan Azmin Ali.

“Ini pun macam hendak jawab tawaran bekas perdana menteri Dr Mahathir supaya presiden Warisan Shafie Apdal jadi perdana menteri Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan hari ini.



Terdahulu, Umno dan PAS dilaporkan bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada PRU15.

Persetujuan itu disahkan seorang pemimpin Umno yang berkata, ia sudah dibincangkan dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) baru-baru ini.

Sebelum itu, presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, PAS turut menzahirkan kepercayaan kepada Muhyiddin sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15.

Shahrir turut mempersoalkan syarat yang ditetapkan oleh Muhyiddin selepas diisytihar sebagai calon perdana menteri pada PRU15 nanti.



“Politik baru, bukannya Malaysia baru. Sudah selesai jawatan PM, selepas itu kena tunggu keputusan lain,” katanya.

Semalam pemimpin Barisan Nasional, PAS serta parti dari Sarawak dan Sabah mengisytiharkan sokongan kepada gabungan PN yang diketuai Muhyiddin “demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara”.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker