Sekolah dan Pusat Tuisyen akan dibuka pada 15 & 22 Julai
Kementerian Pendidikan mengumumkan pembukaan sekolah semula secara berperingkat berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan. Ada sekolah dapat menampung jumlah muridnya ada juga sekolah tidak mampu berdasarkan saiz sekolah.
Sekolah yang bersaiz besar dapat menjalankan satu sessi sahaja manakala sekolah yang bersaiz kecil akan menjalankan dua sessi sekolah. Manakala sekolah yang tidak mampu untuk menjalankan dua sessi selepas penjarakan sosial akan dilakukan dengan bentuk penggiliran bersekolah.
Untuk murid yang menduduki peperiksaan adalah diwajibkan untuk hadir setiap hari. Untuk murid yang terlibat dengan penggiliran pula, semasa hari tidak bersekolah, mereka akan menjalankan pelajaran “online” seperti sekarang.
Asmara juga akan dibuka semula dan hanya mereka yang betul-betul memerlukan tinggal di asrama sahaja dibenarkan tinggal di asrama.
Tarikh pembukaan sekolah pada 15 Julai untuk :
Tingakatan 6, Semester 1
Tingkatan 1 – 4.
Tahun 5 dan 6.
Manakala Murid Tahun 1 hingga Tahun 4 akan mula bersekolah pada 22 Julai
You must be logged in to post a comment.