Amyza Azran, Zarina Anjoulie dan Emelda Rose: Hang saman aku, aku saman hang.

Pelakon Amyza Aznan mengemukakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi berjumlah RM5 juta terhadap peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili aktres Zarina Anjoulie.

Ia susulan tindakan Hafidzah mengeluarkan kenyataan didakwa berunsur tohmahan dan fitnah yang boleh merosakkan reputasi Amyza sebagai artis melalui media sosial miliknya dan laporan media.

Dalam notis disampaikan melalui The Law Chambers of Fauzi & Naseer itu, Amyza turut menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan.

Peguamnya, Naseer Yusof berkata, Hafidzah perlu melakukan permohonan maaf tersebut di media sosial, penerbitan media serta sidang akhbar dan selepas itu budi bicara boleh dilakukan terhadap tuntutan ganti rugi berkenaan.

“Sekiranya ia tidak dilakukan dalam tempoh tujuh hari, maka kita akan memfailkan saman di mahkamah,” katanya dipetik Harian Metro.

Peguam tiada di pejabat

Naseer bersama seorang lagi peguam, Fauzi Abdul Samad dan Amyza hadir ke pejabat Hafidzah di Shah Alam untuk menghantar notis itu, hari ini.

Bagaimanapun, Hafidzah tiada di pejabat dan notis berkenaan diserahkan kepada kakitangannya.

Amyza, 43, mendakwa kenyataan fitnah dikeluarkan Hafidzah antaranya menyatakan tindakan Amyza dan pelakon, Emelda Rosnaida sebagai kempen pembunuhan karakter terhadap Zarina yang berniat jahat.

“Tuntutan ini dibuat bagi membersihkan nama. Selama ini semua sedia maklum saya mempunyai rekod bersih dalam industri hiburan.

“Kenyataan yang dilemparkan Hafidzah benar-benar menjejaskan reputasi saya dalam bidang seni.

“Apa yang dikatakan peguam itu adalah satu penghinaan dan fitnah. Apa yang saya lakukan ini adalah usaha saya untuk terus bertahan dalam industri seni hampir lebih dua dekad,” katanya.

Sementara itu, kehadiran Amyza dan Naseer ke pejabat peguam Zarina bertujuan meminta dokumen-dokumen tuntutan yang difailkan pelakon itu sebelum ini.

“Kami berharap segala dokumen dapat diserahkan kepada kami secepat mungkin untuk memasukkan memorandum kehadiran dan pembelaan.

“Sebelum ini, serahan yang dibuat Hafidzah sudah dihantar ke alamat yang bukan diduduki anak guam. Dia tidak bermastautin di situ.

“Bagaimanapun, ketika kami ke pejabat Hafidzah bagi meminta dokumen, kakitangannya memaklumkan segala dokumen sudah diserahkan ke alamat akhir Amyza.

“Saya juga ada meminta kepada kakitangannya mengenai nombor guaman untuk saya membuat carian di e-kehakiman tetapi nombor itu tidak dikongsikan,” katanya.

Terdahulu, Zarina menerusi peguamnya menghantar dua surat tuntutan berasingan terhadap Emelda dan Amyza bagi menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta, iaitu tuntutan RM3 juta daripada Amyza dan RM1 juta daripada Emelda.

Amyza sebelum ini hanya berdiam diri sehingga peguam mewakili Zarina, Hafidzah mengesahkan aktress terbabit gagal hadir ke mahkamah sejak saman difailkan.

Sebelum ini :

Zarina Anjoulie Fail Saman 4 Juta Ke Atas Amyza Aznan & Emelda Rose

Isu kontroversi pelakon Zarina Anjoulie yang menegur sikap segelintir artis yang merayu bantuan kerajaan selepas mengamalkan gaya hidup mewah bagai tiada penamat. Perbalahan pendapat antara Zarina dan beberapa artis lain diheret hingga ke mahkamah. Harian Metro melaporkan Zarina telah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta ke atas pelakon Amyza Aznan dan Emelda Rose.

Emelda tak diam diri, fail saman tuntut RM1 juta daripada Zarina Anjoulie

Kau saman aku, aku saman kau.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker