China didakwa paksa wanita Uighur ambil pil perancang untuk kawal populasi (Video)

China didakwa memaksa kaum wanita di Xinjiang mengambil pil perancang kelahiran dalam usaha menyekat penduduk Islam Uighur berkembang.

Dakwaan itu terkandung dalam satu laporan didedahkan sarjana China, Andrian Zenz.

Laporan terbaharu itu mengundang gesaan supaya pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat.

Beijing segera menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.

China sebelum ini berdepan kritikan besar-besaran berhubung layanannya terhadap etnik Uighur di kem tahanan.

Dalam laporannya, Zenz mendedahkan wanita Uighur dan etnik minoriti lain diancam untuk dihantar ke kem tahanan jika enggan menggugurkan kandungan.

Malah, wanita yang mempunyai dua anak atau kurang dibenarkan secara sukarela mengambil alat perancang atau menjalani pembedahan untuk mengikat kesuburan.

Laporan dibuat berdasarkan data dan dokumen rasmi serta temu bual dengan wanita Uighur di Xinjiang.

Menurut Zenz, analisis data laporannya mendapati pertumbuhan semulajadi penduduk di Xinjiang berkurang secara mendadak beberapa tahun lalu.

Katanya, kadar kelahiran menurun 84 peratus di dua wilayah terbesar dihuni Uighur di antara tahun 2015 dan 2018.

Ia terus catat penurunan pada 2019.

Terdapat kira-kira sejuta warga Uighur dan etnik minoriti lain ditahan di China, di mana Beijing menyifatkan sebagai kem untuk mendidik atas pelbagai faktor termasuk memulihkan mereka selepas didakwa dengan keganasan.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo menggesa China supaya segera menghentikan amalan membahayakan itu terhadap wanita etnik Uighur.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker