Peperiksaan SPM 2020 bermula 6 Januari 2021

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar Tingkatan 5 akan bermula pada 6 Januari dan berakhir pada 9 Februari 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, tarikh baru bagi peperiksaan itu dipinda buat kali kedua daripada tarikh asal, iaitu pada 16 Nov hingga 7 Dis tahun ini.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan penangguhan peperiksaan awam dan penutupan sesi persekolahan susulan penularan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan,” katanya.

Manakala itu, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi semester ke-2 dan semester ke-3 yang dijadualkan pada November ini dipinda ke 12 hingga 18 Ogos (semester 2) dan 1 hingga 9 Mac tahun depan (bagi semester 3).

Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SPVM) yang pada awalnya dijadualkan pada Mei (sesi 1) dan Oktober (sesi 2) dipinda ke Ogos ini serta Januari dan Mei tahun depan.

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula, yang dijadualkan berlangsung pada Oktober tahun ini dipinda ke17 hingga 25 Februari tahun depan.

“Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM mengambil langkah perlu untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut,” katanya.

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker