ADUN DAP Graduan Lulusan Usuluddin Cadang Sertai Perikatan Nasional?

Alhamdulilah segala puji bagi Allah. Itu sahaja yang terlintas bila membaca berita dibawah ini. Elok benar Sheikh Omar Ali kembali ke pangkal jalan dengan memilih fikrah politik yang lebih mendatangkan kebaikan untuk agama dan negara. Masakan tidak, dari seorang aktivis pemuda PAS yang aktif di kampus dengan latar belakang pendidikan agama, lulusan dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya itu adalah pelapis dalam kepimpinan pemuda PAS sejak tahun 2008. Malangnya selepas bertahun-tahun terlibat dalam kumpulan pelajar di kampus akhirnya memilih untuk menyertai Parti DAP.

Sebelum dari itu beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai media kepada ketua pemuda PAS Suhaizan Kayat, dan kekal bersama parti itu sehingga krisis kepimpinannya pada tahun 2015, yang akhirnya menyaksikan golongan ‘ acah – acah profesional’ digulingkan oleh kem ulamak.

Setelah mengambil  jalan yang berbeza, Sheikh Omar Ali memilih untuk tidak  menyertai AMANAH, tetapi sebaliknya, menyertai DAP. Keputusan yang begitu janggal ini melayakkan DAP mempergunakan beliau bagi membuktikan kepada umum bahawa kununnya DAP bukanlah sebuah parti yang rasis walhal hakikatnya, kedudukan dan pangkat yang mereka beri kepada golongan ini hanyalah mempunyai maksud disebaliknya. Tetapi apa boleh buat, kedudukan, harta dan wang adalah mampu mengoda maruah dan prinsip hidup seseorang.



Melihat dari sisi pandang seorang muslim, kita hanya mahu bersangka baik bahawa DAP sebenarnya tidak berjaya mengDAPkan beliau secara keseluruhan. Ini kerana terlalu banyak kemungkaran yang DAP sorok selama ini ditonjolkan dengan bangganya selama 22 bulan mereka memayungi kerajaan PH. Sedikit sebanyak terdetik iman dihati beliau apabila melihat Kerajaan Melayu / Islam dibawah Perikatan Nasional berjaya menguruskan kerajaan dengan cemerlang dalam masa 100 hari ini walaupun berhadapan dengan pendemik covid 19 dan keadaan politik yang tidak menentu.

Apa pun perbincangan beliau ketika bertemu Perdana Menteri kita hanya harapkan bahawa ada sinar untuk beliau kembali kepada fikrah politik yang lebih menguntungkan agama, bangsa & negaranya. Insyallah..

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa



 


 

 

Adun DAP jumpa PM: ‘Jumpa cakap helo apa salahnya?’

Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang menolak kemungkinan pertemuan Sheikh Omar Ali dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin disebabkan Adun Paloh itu mahu melompat parti.



Menyifatkan khabar itu sebagai tidak berasas, Mazlan berkata sekiranya benar, pasti beliau akan dikunjungi Adun DAP itu.

“Takkanlah kerana dia datang jumpa Muhyiddin dia nak masuk Bersatu? Tak adalah. Kita pun tak tahu cerita apa. Tak mungkinlah. Setakat jumpa, saya pun jumpa geng DAP.

“Kalau ada mesti Sheikh Omar jumpa saya. Tak ada asaslah. Jumpa cakap helo apa salahnya?” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Sheikh Omar berkongsi sekeping gambar pertemuannya dengan Muhyiddin yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, yang mengandungi soalan “Bersatu tambah kerusi DUN Johor ke?”



Sheikh Omar dan Muhyiddin dilihat tersenyum dalam gambar berkenaan.

Tidak dapat dipastikan bila gambar itu diambil.

Bagaimanapun, Sheikh Omar membalas soalan tersebut dengan tweet berbunyi, “Mana tahu DAP yang akan tambah kerusi nanti…”

Mengulas lanjut, Mazlan secara berseloroh berkata, jika perkara itu benar-benar terjadi sekalipun, Bersatu Johor terbuka untuk menerima pertambahan kerusi berkenaan.



“Kalau berlaku pun okey, kita pun terima je.

“Ramai sikit kita,” katanya sambil ketawa.

Malaysiakini sedang menghubungi Sheikh Omar untuk mendapatkan maklum balas.

Selepas pilihan raya umum ke-14, Osman Sapian dari Bersatu memegang jawatan menteri besar Johor selama 11 bulan sebelum digantikan oleh Sahruddin Jamal, juga dari Bersatu.



Bagaimanapun Shahruddin memegang jawatan itu selama 10 bulan sebelum digantikan oleh Ir Hasni Mohamad dari Umno, tidak lama selepas kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

Johor mempunyai susunan kerusi sengit, dengan PN mempunyai 28 kerusi, manakala PH memiliki 27 kerusi.

Daripada jumlah itu, DAP mempunyai 14 kerusi, manakala Bersatu pula memiliki 11 kerusi.

MK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker