BAGAIMANA DAP BERJAYA TAWAN MALAYSIA PRU14



Sebaran :

Oleh Lau Chin Kok

Umum mengetahui DAP, sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik dan bagi memastikan *agenda* mereka tercapai.

DAP *berani* menyentuh soal sensitiviti perkauman sedangkan mereka sedar tindakan itu boleh mengakibatkan *perpaduan antara kaum tergugat*.



Sejak 2008, DAP sudah melaungkan mengenai Tsunami Cina dan bagaimana kira-kira 90 peratus pengunci Cina memilih DAP pada PRU-14, Mei 2018. Bukan itu sahaja, DAP juga mendakwa kemenangan besar yang diperolehi PAS dan PKR *pada PRU 13 yang lalu* disumbangkan oleh pengundi Cina. *Dkakwaan DAP, PAS telah memenangi banyak kerusi pada PRU 2008 dan 2013 disebabkan oleh undi dari orang Cina*.

Hasutan yang dimainkan oleh DAP dilihat berjaya apabila mereka memperoleh 42 kerusi Parlimen pada PRU-14 lalu, yang mana menyaksikan pertambahan sebanyak 4 kerusi berbanding PRU-13.

Apa yang membuatkan DAP bertahan di negara ini ialah kerana mereka sering menggunakan sentimen perkauman. DAP *cuba mengambarkan kepada rakyat* bahawa mereka adalah sebuah parti yang demokratik, mesra kaum tetapi hakikatnya bukan begitu.



Kepada orang Cina, DAP mahu dilihat sebagai sebuah parti yang mewakili mereka bagi menggantikan MCA. Demi mencapai hasrat mereka itu pelbagai taktik kotor telah digunakan untuk memburuk-burukkan MCA di mata kaum Cina kononnya MCA dipergunakan oleh UMNO untuk berkuasa.

Masih ingat dengan Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman DAP yang melaungkan “Melayu skrew Melayu” dan “Tunggang kuda (Mahathir) untuk rampas Putrajaya”?

Kuan Yau berkata DAP menggunakan Mahathir untuk mencapai matlamat politik. Dia berkata, DAP telah melakukan pelbagai cara bagi ‘menyelamatkan Malaysia’ termasuklah menggunakan bekas Perdana Menteri itu.



“Kami (DAP) menyelamatkan Mahathir dan kami menggunakan beliau sebagai alat untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak,” dakwanya.

Ini bukan rekaan, boleh lihat sendiri bukti di sini :

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/09/19/viral-superman-dap-kit-siang-guna-tun-m



Kebencian inilah yang ditanam oleh DAP kepada rakyat untuk membenci UMNO dan BN, khususnya MCA.

DAP menabur fitnah kepada BN kononnya gabungan inilah yang memecah-belahkan kaum di negara ini, sedangkan hakikat sebenarnya merekalah agen kepada perpecahan antara kaum dan perosak kepada perpaduan rakyat.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/04/22/dap-tanam-perasaan-benci-dan-dendam-antara-kaum-di-muar



Tiada satu pun jasa DAP kepada negara selain daripada merosakkan perpaduan antara kaum yang telah disemai oleh permuafakatan harmoni antara UMNO, MCA dan MIC di dalam BN sejak merdeka hingga hari ini.

Jelas sekali, pendekatan yang diamalkan oleh DAP ini jauh berbeza dengan MCA di dalam BN. BN mengamalkan pendekatan konsensus yang baik bagi memberi hak yang selayaknya kepada setiap kaum yang diwakili oleh setiap parti dalam komponen BN.

Walaupun baru-baru ini UMNO mengambil keputusan bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional, MCA tetap dengan prinsipnya untuk menyokong apa jua kerjasama berlandaskan perlembagaan negara bagi manfaat semua kaum dalam negara.

https://www.sinarharian.com.my/article/56027/PRU/PRK-Tanjung-Piai/MCA-bukan-rasis-macam-parti-lain

MCA menyokong apa sahaja kerjasama berlandaskan Prinsip Perlembagaan negara. MCA tidak pernah memperlekehkan institusi *Raja-Raja* Melayu, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam Persekutuan yang sering menjadi bahan serangan DAP demi kepentingan politik.

Rakyat tidak sesekali lupa, bagaimana tergamak Lim Guan Eng menyatakan kerjasama UMNO-PAS satu pengisytiharan perang ke atas bukan Islam. Manakala Nga Kor Ming pula membayangkan negara ini akan diperintah seperti Taliban jika UMNO-PAS berkuasa.

Kesimpulannya, MCA akan terus mempertahankan sistem demokrasi dan hak untuk setiap rakyat di negara ini dan akan terus berjuang demi kebajikan bersama. MCA tidak sesekali tergamak menjuarai fitnah dengan menghasut orang Cina menggunakan sentimen perkauman seperti yang DAP lakukan.

Dari FB Key Kok Lau


Sebaran :


Leave a Reply