Kembar tiga baru lahir positif Covid-19

MEXICO CITY – Kes koronavirus (Covid-19) di Mexico meningkat dengan penambahan mangsa jangkitan paling muda selepas bayi kembar tiga yang baru dilahirkan didapati positif wabak berkenaan, lapor pihak berkuasa kesihatan tempatan hari ini.

Setiausaha Kesihatan San Luis Potosi, Monica Rangel berkata, kembar tiga yang lahir pada 8 Mei itu dilahirkan oleh seorang wanita yang juga positif Covid-19 tetapi asimptomatik.

“Kembar itu tidak berada dalam keadaan bahaya. Kes ini sedang diuji untuk melihat sama ada kembar ini dijangkiti sebelum atau selepas dilahirkan.

“Bagaimanapun, kelihatan mustahil untuk mereka dijangkiti di luar rahim dengan begitu cepat,” katanya.

Sehingga hari ini, Mexico telah mencatatkan lebih daripada 185,000 kes Covid-19 dan 22,584 kematian sejak kes pertama di negara itu dilaporkan pada 28 Februari. -Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker