PM 6 Bulan, Taktik DAP Untuk “Melembukan” Mahathir Buat Kali Terakhir
Setelah rakyat mengalami pengalaman ngeri selama 22 bulan dibawah Kerajaan PH, rakyat kini sedar bagaimana teruk dan rosaknya negara dikerjakan oleh DAP dan para penjilat mereka. Ekonomi negara hancur, Bursa Malaysia kehilangan lebih RM400 billion, defisit belanjawan makin meningkat setelah berjaya dikurangkan oleh Najib selama 8 tahun berturut-turut, nilai ringgit merudum, aset – aset negara dijual sesuka hati dan yang paling dibanggakan adalah ke arah mencapai hutang negara 1 billion ringgit semakin tercapai.
Syukur alhamdulilah, mereka merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. PH tumbang dengan sendirinya apabila mahathir meletakkan jawatan sebagai PM. Segala episod drama politik yang berlaku semua telah maklum.
Dikala orang seluruh dunia sedang sibuk berusaha melawan pendemik Covid19 mereka pula berkerja keras untuk mencari calon perdana menteri dan cuba mendamaikan Anwar dan Mahathir. Kini PH yang ditunjangi oleh DAP dan balacinya PAN cuba sedaya upaya sekali lagi untuk menggunakan Mahathir bagi mendapatkan sokongan saki baki orang melayu dan kaum bumiputra yang lain yang masih menyokong bekas Perdana Menteri yang gagal itu.
Mereka kali ini sekali lagi menyokong mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke 9 bukan kerana mahu mengangkatnya tapi mahathir lebih mudah digunakan atau dilembukan berbanding Anwar. Lihatlah beberapa kenyataan mahathir yang membela DAP sejak akhir2 ini sangat janggal dan sumbang seolah – oleh seperti ‘dipukau’.
Kita bersyukur apa yang berlaku selama 22 bulan sudah cukup untuk membuka mata semua pihak. Ini adalah petunjuk dan rahmat Allah yang perlu kita jaga dan pelihara kerana puak – puak ini tidak akan pernah berhenti untuk mengganggu kerajaan sehinggalah cita – cita politk mereka tercapai.
Aman Yatim
CADANGAN PM-9 ENAM BULAN DAP HANYA UNTUK GUNAKAN MAHATHIR UNTUK MENANG PILIHANRAYA
Oleh: Isham Jalil
Semalam Anwar Ibrahim menolak cadangan DAP untuk menjadikan Mahathir Perdana Menteri ke-9 selama 6 bulan.
Sebelum PRU-14 Mahathir pernah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas 6 bulan, kemudian setahun, kemudian dua tahun, kemudian tiga tahun dan akhir sekali tiada had masa sebelum dia akhirnya meletakkan jawatan PM-7 pada bulan Februari 2020, dan Anwar masih tidak jadi Perdana Menteri.
Setelah berkali-kali ditipu Mahathir, sekiranya Anwar terima cadangan DAP tersebut, Anwarlah ahli politik paling “tak cerdik” dalam dunia oleh itu dia sememangnya tidak layak jadi Perdana Menteri dan hanya layak jadi bahan lawak jenaka.
Cadangan Perdana Menteri 6 bulan DAP tersebut menunjukkan bahawa DAP hanya mahu menggunakan Mahathir untuk menang pilihanraya dan selepas itu pakai-buang sahaja Mahathir umpama lampin bayi.
DAP tahu mereka tidak boleh menang pilihanraya umum untuk membentuk kerajaan tanpa sokongan orang-orang Melayu.
Dan selepas menang pilihanraya, DAP boleh menggunakan Anwar pula untuk memerintah dengan agenda perkauman dan anti-Melayu mereka.
Mahathir tentunya boleh hidu hal ini namun dia tentunya rela digunakan oleh DAP asalkan dia jadi Perdana Menteri.
Dan selepas jadi Perdana Menteri sekali lagi nanti, Mahathir akan gunakan seluruh kuasa yang ada padanya untuk tidak tunai janji, tidak serah kuasa dan menipu manifesto lagi.
Sama ada Anwar atau Mahathir yang jadi Perdana Menteri kerajaan PH, kedua-duanya akan jadi boneka tunggangan DAP.
Malaysia tidak boleh ada Perdana Menteri boneka.
Sebab itu sebenarnya sudah terlajak masa untuk kedua-dua Mahathir dan Anwar untuk bersara.
ISHAM JALIL
23 Jun 2020
You must be logged in to post a comment.