Noh dibakal dilantik sebagai pengerusi PUNB

Sebaran :

Selepas meletak jawatan sebagai pengerusi MISC Sdn Bhd, Anggota Parlimen Tanjung Karang Noh Omar dikatakan bakal dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang baru.

Perkara itu disahkan oleh pembantu beliau, yang bagaimanapun menambah ia masih dalam proses.

“Ini adalah prosedur biasa dalam syarikat yang berkaitan dengan kerajaan.



“Ahli lembaga pengarah akan vote (undi) terlebih dahulu. Dalam minggu depan baru tahu macam mana,” kata pembantu itu kepada Malaysiakini.

Awal hari ini, Focus Malaysia melaporkan Noh dicalonkan untuk jawatan itu, bagi menggantikan Hazimah Zainuddin, seorang usahawan yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada September 2018 lalu.

Sebelum pelantikannya, jawatan itu dipegang oleh Mohd Ali Rustam dari Umno.


Terdahulu, Noh dilaporkan mengundurkan diri sebagai pengerusi MISC Bhd, hanya dua minggu selepas dilantik.

Anggota Parlimen Umno itu menyatakan jawatan di MISC itu hanya sesuai untuk golongan profesional atau pesara politik.

“Apabila dilantik sesuatu jawatan, saya perlu melihat sumbangan dan perkhidmatan yang dapat diberikan kepada rakyat dan menguruskan dasar kerajaan.

“Sebagai pengerusi MISC, walaupun elaunnya RM30,000, ia tidak memenuhi tujuan sebagai ahli Parlimen, saya perlu memikirkan sumbangan yang dapat saya berikan bukan sahaja kepada penduduk Tanjung Karang tetapi juga negara,” katanya dipetik dalam temu bual bersama Sinar Harian.

Susulan peletakan jawatan itu, BN Selangor sebelum ini mencadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memberi jawatan lain yang lebih sesuai kepada Noh.

Mkini


Sebaran :

Leave a Reply