Siapakah ‘Big Boss” Media Prima Yang Baharu, Zaini Hassan?

Kuala Lumpur – Bekas Penolong Ketua Pengarang Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dijangka akan dilantik sebagai Pengarah urusan rangkaian televisyen Media Prima yang baharu.

Menurut sumber, Zaini bakal memulakan tugasnya tidak lama bagi menggantikan penyandang, Firdaus Abdullah yang diminta untuk meletakkan jawatan.

Perletakkan jawatan Firdaus itu ekoran campur tangan yang ‘melampau’ terhadap kandungan bahan penyiaran stesyen televisyen swasta itu.

Selain itu Firdaus juga didakwa ‘menyerang’ pegawai kanan media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi ciapan di dalam Twitter.

Tindakan tersebut dianggap tidak profesional sebagai seorang pengamal media arus perdana.

Penulis blog yang rapat dengan Tun Dr Mahathir itu dilantik ke jawatan tersebut sejurus sebelum pertukaran kerajaan Pusat pada Mac lalu.

Sementara itu, Zaini gagal untuk dihubungi bagi mendapatkan reaksi berhubung perlantikan beliau.

Pemilihan Zaini bagi mengisi jawatan itu disifatkan sebagai tepat ekoran pengalamannya luas dalam bidan kewartawanan.

Beliau memulakan tugas sebagai Pemberita Kadet di Pulau Pinang pada 1983 sebelum dilantik menjawat Ketua Biro Johor Bahru.

Selain itu Zaini juga pernah menjawat jawatan dan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu sebelum menamatkan tugas bersama Utusan Melayu bermula 1 Disember 2018.

Utusan Malaysia sebelum ini diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Berhad telah menamatkan penerbitannya pada Oktober tahun lalu berikutan penutupan syarikat media Melayu tertua tersebut.

Bagaimanapun, akhbar itu dilapor akan diterbitkan semula bulan depan di bawah Media Mulia Sdn Bhd, syarikat penerbitan yang dimiliki oleh syarikat sama yang menguasai Media Prima.

Suara.Tv

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker