Mohd Sharim Tekad Teruskan Legasi Allahyarham Abu Bakar Untuk Warga Chini

Share

Mohd Sharim Md Zain berbesar hati dan berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri merangkap Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang meletakannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Mohd Sharim dipilih sebagai calon bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia pada 6 Mei lalu.

Menurut Sharim, sebagai anak generasi Felda kedua merasa sungguh terharu dan tinggi harganya apabila diberikan kepercayaan sebagai calon PRK DUN Chini.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang meletakkan kepercayaan kepada diri saya selaku anak peneroka generasi kedua Felda Chini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di atas kepercayaan kepada orang muda, anak peneroka Felda generasi kedua.

“Dari segi calon-calon apabila dilihat sangat terbaik, tapi ditakdirkan akhirnya saya menerima ketentuan Allah SWT bagi mewakili masyarakat Felda Chini, kampung tradisi dan juga Orang Asli.

“Bagi saya… saya akan cuba menunaikan tanggungjawab ini dengan penuh rasa amanah dan integriti bagi saya… insya-Allah,” katanya semasa sidang media di bangunan UMNO Pekan, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau akan meneruskan legasi Allahyarham Abu Bakar di Chini.

“Itulah janji saya untuk menjaga dan meneruskan legasi arwah Abu Bakar Harun sebagai ayahanda dan guru saya di kawasan Felda Chini,” ujarnya lagi – UMNO Online

PRK CHINI: Pengundi Sokong Calon BN, Sharim Mudah Didekati Dan Terima Pandangan

 

Leave a Reply