Dipanggil Oleh Bukit Aman, Siti Kassim Salahkan PAS?

Peguam dan aktitivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim memaklumkan sedang disiasat polis berhubung.

Beliau juga dikenali sebagai Siti Kasim memaklumkan perkara tersebut melalui hantaran di laman Facebook miliknya.

Meskipun tidak menyatakan berkenaan siasatan tersebut namun, dipercayai ianya berkaitan dengan kenyataannya sebelum ini yang berkaitan dengan penutupan sekolah tahfiz.

“Nampaknya sama seperti orang lain sesiapa yang mempersoalkan PIS (PAS) akan dipanggil oleh Bukit Aman. Saya salah seorang daripadanya. Hannah Yeoh (ahli parlimen Segambut) seorang lagi,” tulisnya di Facebook petang tadi.

Pada 26 Mei lalu Siti menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

Menurutnya peningkatan kes tersebut disebabkan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang mengambil minuman berakohol itu.

“Alkohol itu bukan masalah. Tapi peminum yang tidak bertanggungjawab itulah punca masalah sebenar. Begitu juga dengan isu yang melibatkan sekolah tahfiz. Masalahnya adalah disebabkan oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kamu (Pas) mahu mengharamkan alkohol hanya kerana menepati kehendak anda, kalau begitu haramkan juga sekolah tahfiz yang telah menyebabkan banyak masalah terhadap anak kecil yang tidak berdosa,” katanya melalui laman Facebook sebelum dipadam.

Suara.TV

Related Articles

One Comment

  1. Perempuan ini punya otak bangkai yang penuh dengan kebencian terhadap islam. Si Chelaka ni menggunakan platform kebencian terhadap islam untuk meraih perhatian murahan dengan tidak ada adab dan maruah. Apa jua yang ditegah oleh islam, dia akan menyalak tak tentu arah seperti anjing rabis. Adalah terlalu cetek pemikirannya apabila membela penjualan arak dan kemalangan berlaku bukan kerana arak tetapi pemandu !!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker