Habis modal : Mahathir tuduh kerajaan PN akan hancurkan Melayu.

Nampaknya Mahathir semakin hilang modal politik sehingga terpaksa menggunakan modal yang tidak masuk akal.

Bagaimana pula kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu nak hancurkan orang Melayu pula?

Lupakah Mahathir yang kerajaan PH pimpinannya banyak menekan orang Melayu sehingga di waktu itu hak-hak orang Melayu dan Islam sering diserang bertubi-tubi. Kerana itu jugalah kerajaan PH tumbang.

Berikut adalah berita yang disiarkan oleh MalaysiaGazette :



Kerajaan sekarang akan hancurkan orang Melayu – Tun Mahathir

Jika Melayu hendak hancur, kerajaan sekaranglah yang akan menghancurkan mereka, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa kerajaan sekarang mewarisi kerajaan kleptokrat sebelum ini.

“Betapa tidak. Kehendak rakyat mudah digugurkan dan kerajaan pemimpin mereka yang mudah mungkir janji, yang utamakan kepentingan diri, yang mudah terpengaruh jawatan dan upah, yang kebanyakan tidak mempunyai kelayakan selain dari menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kerajaan seperti ini akan rosakkan dan hancurkan negara termasuk orang Melayu,” katanya dalam blognya hari ini.



Hari ini, menurut Mahathir, tokoh-tokoh yang menyokong Muhyiddin sibuk menawar jawatan dan wang untuk menambah sokongan dan siapa yang menolak tawaran mereka akan diugut dan didera.MG.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker