COVID-19: Kes baharu bimbangkan China, pembukaan sekolah rendah ditunda

BEIJING: Beijing akan menangguhkan pembukaan sekolah rendah selepas tiga kes baharu COVID-19 dikesan di ibu negara, yang pertama dalam tempoh dua bulan selepas tiada sebarang jangkitan direkodkan.

China berjaya mengawal sebahagian besar kes domestik dan majoriti kes dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kebanyakan adalah membabitkan rakyat tempatan yang baru pulang dari luar negara.

Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun mengumumkan satu kes baharu tanpa rekod perjalanan ke luar negara semalam, diikuti dua lagi kes hari ini.

Dua pesakit terkini itu adalah pekerja Pusat Penyelidikan Daging China, kata pegawai perbandaran dalam sidang media harian.

Seorang daripada mereka melawat Qingdao di timur China dalam tempoh dua minggu lalu.

Pasar borong daging Xinfadi dan pasar hidupan laut Jingshen ditutup hari ini untuk proses pembersihan dan kerja pengumpulan sampel alam sekitar, selepas premis itu didapati pernah dilawati kedua-kedua pesakit, lapor media.

Suruhanjaya Pendidikan hari ini berkata, mereka sudah membatalkan kemasukan pelajar gred satu, dua dan tiga yang dijadualkan Isnin depan, membabitkan 520,000 pelajar.

Menurut suruhanjaya itu, pelajar yang sudah kembali ke sekolah akan meneruskan pembelajaran seperti biasa, namun dengan pendekatan anti pandemik lebih ketat. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker