ASP ditahan terima suapan RM11,000

Share

KOTA BHARU – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan ditahan dipercayai menerima wang suapan berjumlah RM11,000.Wang suapan berkenaan dipercayai sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap dua tahanan bersabit kesalahan mencuri dan menganiaya binatang.

Pegawai tersebut ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pada jam 3 semalam.

Suspek yang dibawa ke Mahkamah Kota Bharu semalam dan dibenarkan direman selama enam hari bermula 12 hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain mengesahkan mengenai penahanan reman tersebut.

SH

Leave a Reply