SEPAKAT! Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri, Timbalan? Serah Pada Mukhriz

 

Sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 1993, Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai bakal pemimpin masa depan negara.

Apabila Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, Anwar dinamakan sebagai bakal perdana menteri, sebaik Dr Mahathir Mohamad – yang pernah memecat Anwar pada 1998 – melepaskan jawatan perdana menteri buat kali kedua.

Bagaimanapun, 22 bulan pentadbiran PH dibayangi keraguan peralihan kuasa itu benar-benar akan berlaku, dan rampasan kuasa politik pada Februari lalu meranapkan rancangan peralihan kuasa tersebut.

Malah kini, ketika ‘PH Plus’ – yang turut melibatkan wakil rakyat Bersatu yang menyokong Mahathir dan Warisan – disebut-sebut bakal merampas semula kuasa, persoalan yang terus dibicarakan adalah apakah Mahathir atau Anwar yang akan dinamakan sebagai calon perdana menteri.

Dalam temu bual eksklusif Malaysiakini di pejabatnya di Petaling Jaya semalam, Anwar berkata perbincangan berhubung perkara itu masih berlaku.

Dia mengaku terdapat wakil rakyat PH yang mempunyai pandangan pragmatik dan mahu Mahathir menjadi calon perdana menteri bagi memastikan mereka mendapat bilangan sokongan yang diperlukan bagi mencapai majoriti di parlimen.

“Hujah mereka agak berasas.

“Beberapa hari lepas ini, saya ada berjumpa dengan wakil-wakil rakyat dari DAP, Amanah, PKR yang berkata, ‘Kami setuju dengan kamu, polisi dan prinsip adalah perkara paling penting. Tapi tolonglah jadi realistik, ini ialah realpolitik (politik praktikal).

“Maka kami tak boleh abaikan perkara ini,” katanya.

Mahathir kini mempunyai empat ahli parlimen Bersatu yang menyokongnya dan Warisan juga nampaknya lebih menyebelahi bekas perdana menteri itu berbanding PH sendiri.

Memberi ruang buat Mahathir kembali berkuasa buat kali ketiga, boleh menjadi langkah penting dalam mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dari Bersatu yang lain, malah juga dari GPS sekiranya PH Plus mahu membentuk kerajaan yang stabil.

Meskipun dengan semua pertimbangan itu, kata Anwar, parti-parti dalam PH Plus memberikan sokongan penuh kepadanya sebagai ketua pembangkang.

‘Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir’

Disoal apakah dia yakin akan dinamakan sebagai calon perdana menteri, setelah diam buat seketika, presiden PKR itu menjawab ringkas, “cautiously so (ya, tapi dengan berhati-hati)”.

Bagaimanapun, Anwar percaya, mendapatkan sokongan tidak harus sampai mengorbankan cita-cita.

“Apabila kamu bercakap tentang jumlah sokongan, kamu mengetepikan soal agenda. Dan kamu perlu menangani soal kekuatan dan kekurangan silam dalam pentadbiran PH, dan saya tak rasa kami akan mampu (mengabaikan) perkara itu.

“Jadi bagi saya ia amat penting. Jika saya akan dilibatkan dengan perubahan semacam ini, saya tak akan berkompromi,” tegasnya.

Anwar menambah bahawa sekiranya PH berjaya menawan semula Putrajaya, dia tahu dia mempunyai tanggungjawab melaksanakan urus tadbir yang baik dan membersihkan negara daripada rasuah dan perbelanjaan yang melampau.

Pendirian soal pinsip ini nampaknya menjadi garis pemisah antara Anwar dan Mahathir.

“Saya tak ada isu peribadi dengan Mahathir, isunya sentiasa soal polisi. Kami sangat mesra (semasa perjumpaan PH plus Selasa lalu),” katanya ketika menjawab soalan tentang perhubungan mereka.

Mahathir juga berkata dia tidak mempunyai isu dengan Anwar dalam satu sidang media minggu lalu. Tetapi, pada Mac, beliau ada membuat kenyataan bahawa orang Melayu tak menerima kepemimpinan Anwar kerana ideologi politik liberalnya.

Hubungan antara Mahathir dan Anwar sentiasa menjadi aspek penentu dalam politik Malaysia sejak dua dekad lalu.

Meskipun berganding bahu ketika berdepan PRU pada 2018, masih ada kejanggalan yang dilihat berlegar di antara mereka berhubung isu peralihan kuasa.

Kata Anwar, sehabis boleh, dia sudah cuba membendung penyokong-penyokongnya yang mendesak peletakan jawatan Mahathir tetapi turut menyatakan mereka mempunyai hak untuk mempersoalkan Mahathir memandangkan ketidakjelasan berhubung peralihan berkenaan.

Bagaimanapun, presiden PKR itu menafikan dakwaan yang dia obses untuk menjadi perdana menteri.

Dia memetik rakaman audio mesyuarat PH pada 21 Februari yang bocor, apabila dia akur untuk memberi ruang agar Mahathir terus kekal sebagai perdana menteri dan hanya menyerahkan jawatan itu apabila Mahathir bersedia.

“Adakah itu gambaran seseorang yang gopoh dan tak sabar? Tidak.

“Saya sangat gembira dengan rakaman audio itu kerana ia membidas segala propaganda (yang dimainkan) oleh sebahagian orang kami dan juga musuh politik kami, kononnya (saya tak sabar nak jadi PM),” tambahnya.

Kini, terdapat spekulasi bahawa Anwar akan berkompromi terhadap Mahathir dengan menawarkan jawatan timbalan perdana menteri kepada anak Mahathir, Mukhriz.

Disoal mengenai hal ini, Anwar membalas: “Orang bagi macam-macam cadangan dan kami mesti berikan pertimbangan sewajarnya.

“Tapi akhirnya, ia merupakan isu tahap sokongan yang dimiliki seseorang dan daya saing,” katanya.

Mkini

Related Articles

2 Comments

  1. Anwar berkata soal siapa calon PM bila dan jika PH berjaya merampas kuasa daripada Parikatan Nasional masih dalam perbincangan oleh PH Plus. Agaknya Anwar menanti PH Plus menjadi PH Plus Plus atau masih belum dapat kata sepakat terpaksa tunggu PH Plus Plus Plus memutuskannya. Hai, dah macam cerita lama, mula2 tunggu giliran selepas PM ke-4 serah, kemudian tunggu PM ke-7 serah, atau kalau Mahathir jadi PM ke-9 kena tunggu lagi dia serah. Nak ketawa pun ada, rasa sedih pun ada melihat gelagat si-Jub ni menunggu buah tak gugur. Tak sakit ke tengkuk menengadah tunggu?

  2. gila babi betul tahap 2 ekor munafik ini berlakon, 2 kali sudah madey buat kau pakai & buang macam kertas tisu lap taik…tak sabar nak tengok penyokong terutama otai reformis pkr bawa placard ke gambar ke sokong madey sebagai PM lagi…macam tinggal di negara dimana rakyatnya bengap2 belaka bila difikirkan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker