PN Menekan Warisan Di Sabah? YAB KM, Fakta Yang Dikatakan Kebetulan Ini Nak Letak Mana?

Share

Sebelum PRU14, Peter Anthony ini ialah kontraktor yang banyak dapat projek dari Ketua Menteri Sabah hari ini semasa dia Menteri Persekutuan masa saya PM. Selepas PRU14, Ketua Menteri Sabah lantik kontraktor dia itu untuk menjadi Menteri Sabah yang jaga Pembangunan Infrastruktur.

Pada tahun 2014 semasa Ketua Menteri Sabah adalah Menteri Persekutuan yang jaga RISDA, dia setuju untuk beli sebidang tanah di Sabah dengan harga sebanyak RM155 juta dan deposit 10% sebanyak RM15.5 juta telah dibayar kepada peguam Michael Ubu yang dilantik penjual.
Lalu, penjualan tanah itu tak jadi kerana tanah yang dijual kepada RISDA tidak boleh ditukar kerana ia adalah ‘tanah pribumi’ Sabah.
Maka RISDA pun batalkan perjanjian tersebut dan tuntut balik deposit RM15.5 juta tidak berjaya.

Seterusnya pada awal tahun 2016, RISDA membuat laporan polis mengenai kes ini diikuti dengan laporan SPRM. Pada tahun 2017, SPRM telah mendapati wang RM15.5 juta yang dipegang peguam telah pun disalurkan kepada beberapa individu yang berkait Menteri itu. Masa itu, SPRM buru Peter Anthony dan peguam Michael Ubu. Peter Anthony berjaya ditangkap, direman dan disoal tetapi SPRM gagal mencarSebelum PRU14, Peter Anthony ini ialah kontraktor yang banyak dapat projek dari Ketua Menteri Sabah hari ini semasa dia Menteri Persekutuan masa saya PM.

Selepas PRU14, Ketua Menteri Sabah lantik kontraktor dia itu untuk menjadi Menteri Sabah yang jaga Pembangunan Infrastruktur.
Pada tahun 2014 semasa Ketua Menteri Sabah adalah Menteri Persekutuan yang jaga RISDA, dia setuju untuk beli sebidang tanah di Sabah dengan harga sebanyak RM155 juta dan deposit 10% sebanyak RM15.5 juta telah dibayar kepada peguam Michael Ubu yang dilantik penjual. Lalu, penjualan tanah itu tak jadi kerana tanah yang dijual kepada RISDA tidak boleh ditukar kerana ia adalah ‘tanah pribumi’ Sabah.
Maka RISDA pun batalkan perjanjian tersebut dan tuntut balik deposit RM15.5 juta tidak berjaya. Seterusnya pada awal tahun 2016, RISDA membuat laporan polis mengenai kes ini diikuti dengan laporan SPRM. Pada tahun 2017, SPRM telah mendapati wang RM15.5 juta yang dipegang peguam telah pun disalurkan kepada beberapa individu yang berkait Menteri itu. Masa itu, SPRM buru Peter Anthony dan peguam Michael Ubu. Peter Anthony berjaya ditangkap, direman dan disoal tetapi SPRM gagal mencari peguam Michael Ubu kerana dipercayai telah larikan diri.
Notis tangkapan terhadap Michael Ubu juga dikeluarkan pihak berkuasa masa itu.

Pada Oktober 2019 tahun lepas, PDRM masih mencari Michael Ubu dan disenaraikan sebagai salah satu daripada 21 peguam yang dikehendaki polis.
“3 Oct 2019: Polis buru 21 peguam pecah amanah”
https://www.malaysiakini.com/news/494300

Setelah lebih dua tahun mencari, Michael Ubu tiba-tiba dikesan berada di Sabah pada bulan lepas dan dipercayai telah kembali masa PKP Covid. (mungkin negara asing tendang keluar kot kerana Covid).
“5 Jun 2020: Family says ‘missing’ lawyer at home, refutes report he’s under arrest”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/05/family-says-039missing039-lawyer-at-home-refutes-report-he039s-under-arrest

Dengan kehadiran saksi utama ini, pihak SPRM dapat meneruskan kes RISDA.
Peter Anthony pun didakwa dalam mahkamah hari ini telah menerima sebanyak RM8.75 daripada deposit wang RISDA itu.
Siapa yang menerima baki dari RM15.5 juta itu masih belum diumum SPRM walaupun ketua menteri Sabah hari ini pernah dikaitkan dalam kes ini.
Peter Anthony didakwa dengan 5 tuduhan hari ini dan antara tuduhannya ialah dia beberapa kali telah arahkan syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang menerima wang RISDA untuk memindah wang kepada akaun yang dikawal Peter.

“He is accused of committing the offence at the Malayan Banking Berhad branch, Jalan Perpaduan Kampung Air, here, where he allegedly instructed Budiman Juta Sdn Bhd directors Safineh Doto and Ebby Roy Raimon to transfer RM1.75 million from the company’s account into Syarikat Wondrous Enterprise Sdn Bhd.”
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2020/06/599746/sabah-minister-slapped-five-money-laundering-charges

Namun cerita belum habis.
Kerana semasa Peter menjawat sebagai Menteri Infrastruktur Sabah, kerajaan Sabah telah memberi projek penyelenggaran jalan bernilai RM325 juta tanpa tender pada awal tahun 2020 ini sebelum kerajaan PH tumbang kepada sebuah lagi syarikat yang mempunyai pengarah yang sama dengan syarikat yang dituduh membayar duit RISDA kepada dia.

Tapi saya percaya ini adalah satu lagi contoh “kebetulan” masa kerajaan PH.
(Jumlah nilai projek penyelenggaran jalan yang diberi dia tahun ini tanpa tender adalah bernilai RM1.5 bilion. Dipercayai SPRM masih menyiasat kes ini juga.)

Sumber : FB Najib Razak

One thought on “PN Menekan Warisan Di Sabah? YAB KM, Fakta Yang Dikatakan Kebetulan Ini Nak Letak Mana?

  • June 13, 2020 at 08:28
    Permalink

    Mana saya tahu siapa yang kasi masuk tu duit ke akaun saya. Lagipun kalau wang itu diberikan kepada orang politik kerana projek, itu adalah sumbangan dan bukan rasuah.

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!