Covid-19 : Jangkitan baru kembali 2 angka, 31 kes dilaporkan



Sebaran :

Sebanyak 31 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, terdiri daripada 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 20 kes penularan tempatan.

“Daripada 20 kes penularan tempatan, 19 kes membabitkan bukan warganegara dan 1 kes penularan melibatkan warganegara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Tiada kematian dilaporkan, menjadikan keseluruhannya kekal 118 kematian.



Sehingga kini, Malaysia merekodkan 8,369 orang dijangkiti virus itu.

Ketika ini, seramai 1,186 pesakit sedang dirawat di hospital.

“5 kessedang dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah tersebut, tiada yang memerlukan bantuan alat pernafasan.”



Katanya, 51 kes pulih dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhannya 7,065 orang.

FMT


Sebaran :


Leave a Reply