Malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini

Malaysia tidak akan menghantar jemaah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, keputusan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jumlah kes Covid-19 di Arab Saudi sekarang ini melebihi 120,000.

Allahuakhbar!!!!!

Semua masjid, surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan dibuka bagi solat Jumaat, berjemaah dengan perluasan bilangan 1/3 daripada had kapasiti dewan solat mulai esok – @drzul_albakri

Masjid turut dibuka di ruang tertentu untuk mereka yang ingin singgah solat seperti musafir, pemandu dan rider e-hailing – @drzul_albakri

Muslimah juga dibenar untuk ke masjid, surau Jumaat dan surau dengan syarat bersama-sama mahram – @drzul_albakri

Kuliah Maghrib dan kuliah Subuh boleh dijalankan semula dengan mematuhi beberapa syarat – @drzul_albakri

Akad nikah boleh dijalankan di masjid, JAWI akan keluar garis panduan terperinci – @drzul_albakri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker