‘Abah’ umum berita gembira, ‘Pak Long Mail’ pula beri sekatan – Ismail Sabri komen reaksi netizen

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa 10 Jun ini masih tertakluk di bawah peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal ditamatkan.

Malah, kata beliau, apa sahaja tindakan yang dilakukan kerajaan adalah ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Kenyataan Ismail Sabri itu berikutan komen netizen yang menjangkakan beliau akan mengeluarkan sekatan walaupun pengumuman berita gembira diumumkan Perdana Menteri semalam.

“Saya baca komen netizen yang kata walaupun “Abah” (Perdana Menteri) sudah umumkan sesuatu yang menggembirakan, namun mereka yakin “Pak Long Mail” (merujuk pada beliau) akan memberikan sekatan-sekatan.

“Mungkin petang nanti “Pak Ngah Hisham” pula akan lakukan. Apa akan dilakukan tidak lain ialah untuk jaga keselamatan dan kesihatan tuan-tuan semua.

“Jadi walaupun kita beri kebebasan namun walaupun PKPB akan berakhir, namun PKPP masih tertakluk kepada Akta 342,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Isnin.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker