PrkDunChini : PKR dah lari, Amanah nak cabut juga ke?
Umno menyambut baik keputusan yang dibuat PKR yang mewakili Pakatan Harapan bahawa mereka tidak akan meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRK DUN Chini.
Dengan ini laluan terbuka untuk parti Mohd Sabu iaitu Amanah untuk bertanding. Sekiranya Amanah juga tidak mahu bertanding ianya lebih baik kerana memudahkan UMNO. Tapi kita akan terlepas tengok aksi Mohd Sabu baling mikrofon dan botol air. Juga mendengar maki hamunnya.
Sementara itu Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail agar semua pihak baik parti politik mahu pun calon Bebas agar memberi laluan kepada penyandang/calon Barisan Nasional (BN)/UMNO untuk menang tanpa bertanding pada PRK DUN Chini nanti.
Saranannya untuk semua pihak agar memberi laluan kepada calon BN untuk menang tanpa bertanding bukanlah sama sekali bermakna kita cuba menafikan sistem demokrasi di negara ini tetapi berdasarkan beberapa faktor terkini yang seharusnya semua pihak sepatutnya memberi fokus kepada yang lebih utama seperti penularan wabak pandemik COVID 19 dan pemulihan semula ekonomi negara.
You must be logged in to post a comment.