Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), Kisah KEGAGALAN Propaganda Parti PAN.

 

Saya dedahkan lagi betapa gagalnya propaganda parti PAN melalui portal lidah rasmi mereka berhubung Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) yang Timbalan Presiden parti PAN sendiri merupakan graduan.

Saya ulang……



 

 

1. TARUC diluluskan pada tahun 1968 oleh PM1 dan dibina bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) pada masa negara tak cukup Universiti Awam.

Universiti separa swasta ini dikendalikan oleh sebuah Yayasan yang dicadang parti MCA.



Wakil Kementerian Kewangan dan wakil Kementerian Pendidikan sentiasa ada dalam lembaga Yayasan tersebut.

2. TARUC bukan sekolah Cina. Kursus TARUC di ajar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Pada masa kini, sebanyak 400 daripada jumlah 1,580 staf TARUC (25%) terdiri dari kakitangan berbangsa Melayu.

Jumlah pelajar setiap tahun TARUC pula ialah 29,000 pelajar.



3. Sebab itu, ramai pelajar Melayu dan orang bukan Cina juga merupakan graduan TARUC termasuk bekas Menteri PH Salahuddin Ayub dan bekas Timbalan Menteri BN P.Kamalanathan.

Anak perempuan pemain badminton, Jalani Sidek pun graduan TARUC.

4. Pada tahun 1972, PM2 dan PM3 (sebagai Menteri Pendidikan masa itu) luluskan konsep peruntukan Geran Pembiayaan Sepadan) (matching grant) untuk TARUC dalam parlimen.

Maknanya, TARUC perlu cari dana sendiri untuk pembangunan serta pengurusan kolej setiap tahun dan kerajaan akan salur dana yang sepadan dengan dana yang mereka berjaya perolehi.



TARUC cari RM1, kerajaan juga akan sumbang RM1.

5. Sejak TARUC diluluskan pada tahun 1969 dan Geran Pembiayaan Sepadan diluluskan secara rasmi dalam parlimen, kerajaan telah menyalurkan dana kepada TARUC tiap-tiap tahun sehingga kini.

6. Setelah kerajaan PH menang PRU14, Guan Eng gaduh dengan TARUC kerana ianya berkaitan parti MCA.

Untuk tahun 2019, Guan Eng cuma luluskan peruntukan pembangunan RM5.5 juta bagi TARUC dan langsung tak beri apa-apa untuk peruntukan pengurusan.



7. Peruntukan TARUC menjadi salah satu isu PRK Tanjung Piai. Selepas PH kalah teruk dalam PRK Tanjung Piai, Guan Eng buat U-turn dan berjanji mahu menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM40 juta setiap tahun kepada TARUC.

Tapi Guan Eng tak mahu beri sumbangan itu terus kepada TARUC tetapi melalui persatuan almuni TAA yang pro-PH dengan 7,000 ahli sahaja sedangkan jumlah alumni TARUC sebanyak 300,000 orang.

8. Maka RM40 juta sudah disalurkan kepada TAA pada bulan Disember 2019 oleh Guan Eng.

“16 Dec 2019: Alumni TAR UC sahkan terima geran RM40 juta”  https://www.malaysiakini.com/news/503795?fbclid=IwAR3_Lb6UIqmaJ1atcbe5slVIkPXgVEzqtiaJ2Bn-Qc_mXqeaamGk152EVrE



9. Selepas kerajaan PH tumbang, persatuan Alumni setuju pulangkan baki dana sebanyak RM18 juta (dari RM40 juta) kepada Kementerian Kewangan.

10. Dua minggu lepas, kerajaan PN mengumumkan peruntukan RM58 juta kepada TAR UC.

Jumlah RM58 juta itu adalah dari RM18 juta yang dipulangkan (2019) dari alumni (yang diberi Guan Eng bulan Disember lalu) dan peruntukan RM40 juta yang diumumkan oleh Guan Eng bagi tahun 2020.

(Jika PH masih memerintah, mereka juga akan salurkan RM40 juta lagi kepada persatuan alumni untuk tahun 2020 dan bukan terus kepada universiti berkenaan).

DIsalurkan terus kepada universiti berkenaan bukanlah masuk ke kantung parti MCA tetapi untuk pembiayaan universiti berkenaan.

(TARUC, bukan sebuah pusat propaganda politik tetapi sebuah institusi pembelajaran.)

NOTA: Semasa saya PM, TARUC telah setuju bahawa jumlah peruntukan setiap tahun tidak akan melebihi RM60 juta kerana TARUC mampu mencari sumbangan sendiri setiap tahun dari pihak swasta – jauh lebih rendah banding bagi universiti-universiti awam lain yang biasanya sebanyak RM400 juta hingga mencecah RM1 bilion setahun.

Sumber: FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker